Mazmumah

Agama Islam adalah agama yang suci dan diterima oleh Allah SWT. Ia mengajar manusia menjadi hamba yang beriman, taat dan berakhlak baik. Pada asasnya agama Islam didirikan dan dibangunkan oleh kekuatan yang unggul iaitu iman dan ukhwah. tidak mungtkin Islam dapat ditegakkan dalam suasana perpecahan.

Rasulullah SAW telah berjaya mendidik para sahabat supaya menyintai saudara meraka lebih dari diri meraka sendiri dan tidak berhasad dengki atau iri hati tetapi sanggup berkorban untuk kepentingan bersama.


Asal Usul Solat

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT  untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan di hari pembalasan kelak.


Lokasi Hari Keluarga 2013

Pada 17 Jun 2013 yang lepas, beberapa AJK dan Timbalan Pengarah Program Hari Keluarga FKM 2013 telah pergi ke beberapa lokasi yang dirasakan sesuai untuk melaksanakan program.


Seperti yang diputuskan oleh mesyuarat yang menyarankan bahawa program tersebut akan diadakan berhampiran dengan pantai. Sehubungan dengan itu, AJK yang terlibat telah menyusuri pantai bermula dari Pantai Tanjung Bidara dan berakhir di Kuala Sungai Linggi.

Beberapa lokasi telah disinggah yang dirasakan sesuai. Setelah berbincang dengan beberapa Pengurus Program Resort mengenai perjalanan program beserta kos yang terlibat, beberapa lokasi telah dipilih oleh AJK. Namun terpulang kepada tuan/puan untuk memilih lokasi tersebut berdasarkan beberapa justifikasi dan borang yang akan diedarkan kelak.

Bapa

Tarikh hari bapa 2013 di malaysia jatuh pada minggu ke-3 bulan Jun. Tarikh hari bapa disetiap negara adalah berbeza. Bagi negara kita, hari bapa disambut pada 16 Jun 2013. Selamat Hari bapa diucapkan kepada semua bapa-bapa di FKM khususnya dan Semua amnya.


Semua orang pasti mempunya bapa @ ayah, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ayah mahupun ibu tiada pengganti. Saat kita dilahirkan, mereka merupakan ayah dan ibu kita. Tiada sesiapa yang dapat mengubah kebenaran tersebut.

Salam Takziah

 
Seluruh warga FKM mengucapkan salam takziah kepada Mohd Hisham bin Ondar (Juruteknik) di atas kehilangan bapa kandung pada jam kurang lebih 2.40 pagi 14 Jun 2013 akibat sakit tua.

Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sehubungan dengan itu, Admin selaku wakil dari AJK KeSURI akan melancarkan tabung sumbangan yang bertujuan untuk membantu keluarga dengan sumbangan yang manafaat kepada waris dan sedikit sumbangan untuk menguruskan jenazah.

Sesiapa yang bermurah hati ingin menyumbang, tabung sumbangan ini akan diletakkan di Kaunter Pejabat pentadbiran.