Tarikh hari bapa 2013 di malaysia jatuh pada minggu ke-3 bulan Jun. Tarikh hari bapa disetiap negara adalah berbeza. Bagi negara kita, hari bapa disambut pada 16 Jun 2013. Selamat Hari bapa diucapkan kepada semua bapa-bapa di FKM khususnya dan Semua amnya.


Semua orang pasti mempunya bapa @ ayah, sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ayah mahupun ibu tiada pengganti. Saat kita dilahirkan, mereka merupakan ayah dan ibu kita. Tiada sesiapa yang dapat mengubah kebenaran tersebut.

Pada suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengajadia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-kerut dengan badannya yang melai bongkok, diserta dengan suara batuk -batuknya.

Anak kecil tersebut bertanyakan kepada ayahnya : "Ayah mengapa wajah ayah semakin berkerut dan badan ayah mekin hari makain membongkok?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang bersantai di beranda.

Ayahnya menjawab : "Sebab aku lelaki."

Hanya perkataan itu yang diungkap dari mulut ayahnya. Anak kecil itu seolah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya lalu berkata : " Saya tidak mengerti."

Ayahnya hanya tersenyum lalu dibelainya rambut anak kecil itu dan terus menepuk-nepuk bahunya dan kemudian berkata : " Anakku, kamu belum mengerti tentang lelaki."

Anak kecil itu bertambah bingung. Lantas menghampiri ibunya lalu bertanya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin berkerut dan badanya semakin terbongkok?" Dan ayah kelihatan demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ? "

Lalu ibunya menjawab : " anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya memang berkeadaan edemikian."

Sehinggalah anak kecl itu meningkat dewasa menjadi seorang gadis dan dia masih mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi mengenai persoalannya sebelum ini.

Pada suatu malam, anak gadis ini berimpi. Di dalam mimpi itu, seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut namun amat jelas. Kata-kata yang didengar itu ternyata sebagai jawapan bagi persoalannya sebelum ini.

" Saat aku ciptakan lelaki, Aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga, dia sentiasa akan menahan setiap hujungnya agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi.

Ku ciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk mambanting tulang menghudupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.

Ku berikan kemahuan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya.

Ku berikan kepekasaan dan mental yang kuat yang akan menbuat dirinya pantang menyerah demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya mentari. Dia merelakan badannya basuh kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan hembusan angin. Dia relakan tenaga perkasanya dikerah demi keluarganya dan yag selalu dia ingat adalah di saat semua orang menanti kedatangan dengan mengharap hasil dari jerih payahnya.

Ku berikan kesabaran dan etuekunan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun si setaip perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya.

Ku berikan perasaan perasaan keras da gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya. di dalam situasi apapun, walau anak-anaknya sentiasa melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula telah memberikan perlindungan rasa aman disaat di mana anak-anaknya terlena. Serta sentuhan perasaannya itulah yang membuatkan dia berasa nyaman bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalumenyayangi dan mengasihi sesama saudara.

Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan kepadanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya. Isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka atau duka. Walau seringkali kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isterinya agar tetap berdiri, bertahan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.

Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirannya utuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai seorang lelaki yang bertanggung jawab terhadap seuruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya demi kehidupan keluarganya.

Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga agar dapat digunakan sebaik-baiknya dan hanya inilah kelabihan yang dimiliki oleh lelaki walaupun sebanarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan di akhirat."

Terbangun anak gadis itu dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa sehingga menjelang subuh. Setelah itu dia mnghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, dan ketika ayahnya berdiri, anak gadis itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata "Aku mendengar dan merasa bebanmu ayah."

Terlalu banyak pengorbanan ayah yang tidak pernah meninggakan sejak kita dilahirkan sehinggalah kita meningkat dewasa, sama ada kita tahu atau di luar pengetahuan kita. Sebagai anak, jangan sesekali membenci ayah, jangan sesekali menderhaka kepadanya, jangan sesekali melukakan hatinya.

Jika anda merasakan ayah terlalu mengokong anda, ingatlah satu hari nanti kaum adam juga akan menjadi ayah. Mereka akan memikul beban dan tanggungjawab sebagaimana yang ayah mereka tanggung selama ni.

Hargailah pengorbanan ayah anda, sayangilah mereka dengan sepenuh hati dan doakan meraka ketika mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya mereka mengharapkan doa dari anak yang soleh dan solehah....


akuislam.com