Mesyuarat Jawatankuasa pelaksana Hari Keluarga FKM 2013 yang telah diadakan pada 13 Jun 2013 telah memutuskan bahawa Hari Keluarga FKM 2013 akan di tangguh kepada 21 September 2013.
 

Penangguhan ini adalah disebabkan kurangnya sambutan daripada warga FKM itu sendiri .Setelah dikaji dan diselidik mesyuarat memutuskan untuk mengubah tarikh dan lokasi program untuk menarik lebih ramai penyertaan.

Lokasi yang menjadi pilihan ahli mesyuarat ialah berhampiran pantai. Ianya sesuai untuk aktiviti yang dirancang juga amat sesuai bagi aktiviti riadah. Beberapa lokasi pantai akan dipilih, namun keputusan terletak di tangan anda dengan membuat undian pada borang yang akan diagihkan kelak.


Bagi aktiviti sukaneka, AJK akan merancang untuk mengadakan "Sukan Rakyat" yang akan mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak kita disamping memberikan atau mendedahkan anak-anak kita antara aktiviti ibubapa di zaman mereka kecil. Di sini anak-anak akan lihat dan merasai sendiri sukan-sukan rakyat yang menyeronokkan yang tidak terdapat pada masa kini.

Diharap dengan cara ini warga FKM akan lebih tertarik dengan pemilihan lokasi, aktiviti dan sebagainya untuk menyertai Program Hari Keluarga 2013 kali ini.