Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT  untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan di hari pembalasan kelak.


Berikut diterangkan asal-usul solat :

SUBUH

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam AS iaitu tatkala Baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke Bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan Baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adam AS pun bersolat dua rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZUHUR :

Orang yang pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim AS iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar mennyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincirnya matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan memohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR :

Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus AS, tatkala Baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nab Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersolatlah empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu :

Rakaat pertama : Kelam dari kesusahan
Rakaat kedua : Kelam dari air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dari perut ikan nun.

MAGHRIB :

Orang pertama yang mengerjakan solat Manghrib ialah Nabi Isa AS, tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa AS lalu bersolat tiga rakaat kerana diselamatkan olah Allah SWT dari kejahilan tersebut iaitu :

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk menyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
\
ISYAK :

Orang yang pertama menengerjakan solat Isyak ialah Nabu Musa AS. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Nageri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan persaan dukacita. Lalu Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Dukacita tehadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga : Dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun.