Seperti yang semua maklum bahawa acara Bola Tampar bagi Kejohanan Sukan Antara Jabatan (SAJ) 2013 telah diadakan pada hujung minggu yang lalu iaitu 8 Jun 2013 bagi kategori wanita dan 9 Jun 2013 bagi kategori Lelaki.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengurus dan pemain yang berusaha keras pada kejohana kali ini, namun nasib masih belum menyebelahi kita. Pasukan Bola Tampar wanita hanya memperolehi tempat ke-4, manakala pasukan bola tampar lelaki kandas di peringkat suku akhir.

Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan skill dari kalangan pemain terutama staf wanita hasil dari tunjuk ajar yang ikhlas dari pengurus pasukan bola tampar wanita. Bagi pasukan lelaki pula gabungan muka baru dan lama digandingkan bagi memantapkan lagi pasukan.

Penjaga garisan yang berdedikasi

Chaiyok Chaiyok

Team Johan Hepa + Library

Pengadil yang bertauliah

Kekurangan latihan merupakan antara punca kekalahan pasukan disamping ketahanan mental yang kurang oleh pemain disebabkan sorakan para penonton.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dengan kejohanan ini secara langsung atau pun tidak. Apa yang pasti pada kejohanan tahun hadapan PASTIKAN kita akan memperolehi sekurang-kurangnya pingat bagi sukan ini.