Tahniah diucapkan kepada Encik Kamaruddin bin Abu Bakar (Juruteknik) di atas kelahiran bayi lelaki pada 24 Jun 2013.


Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan resekinya oleh Allah SWT. Dengan itu, ibubapa secara langsung turut sama menumpang rezeki anak.


Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr. Robiah Kulup Hamzah berkata, anak adalah hadiah daripada Allah SWT. Setiap anak juga memang ada rezekinya yang perlu dicari oleh ibubapanya.

Menurutnya, masyarakat jangan salah faham apabila mengatakan setiap anak ada rezekinya. Maknanya, setiap rezeki yang ada pada anak tersebut harus diusahakan oleh ibubapanya untuk mencari.

"Bukan hanya menunggu rezeki itu dating bergolek bersama anak selepas dilahirkan. Mungkin ada yang memakan masa lama atau sekejap sahaja selepas bayi dilahirkan. Itu semua ketentuan Allah SWT.

"Memang Allah SWT telah tentukan setiap anak ada rezekinya. Tetapi jika tidak diusahakan ibubapa yang menjaganya, maka rezeki itu tidak diketemui." Katanya lagi.

Robiah berkata, rezeki yang dimaksudkan bukanlah bebentuk harta semata-mata, tetapi boleh dating dalam pelbagai bentuk misalnya rezeki kebahagiaan, keharmonian dan ketaqwaaan kepada Allah SWT.

Misalnya, selepas melahirkan anak. Jawatan ibubapa di tempat kerja dinaikkan. Maka itu adalah anatara rezeki yang perlu dikongsi bersama anak.

"Jangan anggap rezeki tersebut atas usaha sendiri atau secara kebetulan, tetapi semuanya telah diaturkan oleh Allah SWT kepada umat yang mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya," Katanya.

Justeru, ibubapa juga jangan sombong dengan rezeki yang diperoleh. seolah-olah rezeki tersebut adalah hak sepenuhnya ke atasnya.

"Jangan sombong dengan anak, jangan sombong denmgan Allah. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh di tarik Allah."

"Kadang-kadang kedengaran ibubapa menegah anaknya daripada mengambil duitnya disebabkan segala harta itu diperoleh daripada usaha kerasnya bekerja siang dan malam. Padahal dia lupa bahawa semua rezeki itu mungkin daripada anak yang perlu dikongsi,: katanya .

Tambah robiah lagi, mungkin tidak ramai sedar bahawa kelahiran anak adalah pemberi motivasi kepada ibubapa untuk bekerja bersunggug-sungguh dalam membesarkan anak mereka sesempurna seperti yang diingini.

"Jika betul acuannya, maka anak ini akan memberi banyak kebaikan kepada ibubapanya. Ibubapa berperanan mencorak mereka sejak daripada kecil hingga dewasa sama ada menjadi insan berguna atau sebaliknya."

"Anak jugalah yang akan membela ibubapanya pabila usia emas kelak. Jika tiada mereka, siapa yang akan menjaga ketika mereka terlantar sakit." katanya.

"Maka katanya, jagalah anak selayaknya agar mereka boleh berbakti kepada ibubapanya kelak dan terus menyayangi, disamping sentiasa bersyukur di atas kehadiran mereka di dalam keluarga.

"Doa naka soleh juga penting kepada ibubapa apabila meninggal dunia, agar dilepaskan daripada azab siksa neraka.

" Segalanya bergantung kepada didikan ibubapa terhadap anak (termasuk didikan agama) dan sentiasa menjaga amanah diberikan Allah kepada mereka dengan sebaiknya atau sebaliknya." katanya.

Apa yang penting kata Robiah, ibubapa perlu menjaga hubungannya dengan anak dan Allah. Berilah didikan seperti mana dianjurkan oleh agama dan sunnahnya.

"Sekiranya salah didikan maka hancurlah anak tersebut tidak adapat mendoakan sekiranya ibubapa telah meninggal dunia.

"Selain itu, ibubapa jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak menjadi penyebab kepada rezeki." katanya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan janganlah kalian membunuh anak-anak kamu  kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar." (Surah Al-Isra' : 31)