Pada 17 Jun 2013 yang lepas, beberapa AJK dan Timbalan Pengarah Program Hari Keluarga FKM 2013 telah pergi ke beberapa lokasi yang dirasakan sesuai untuk melaksanakan program.


Seperti yang diputuskan oleh mesyuarat yang menyarankan bahawa program tersebut akan diadakan berhampiran dengan pantai. Sehubungan dengan itu, AJK yang terlibat telah menyusuri pantai bermula dari Pantai Tanjung Bidara dan berakhir di Kuala Sungai Linggi.

Beberapa lokasi telah disinggah yang dirasakan sesuai. Setelah berbincang dengan beberapa Pengurus Program Resort mengenai perjalanan program beserta kos yang terlibat, beberapa lokasi telah dipilih oleh AJK. Namun terpulang kepada tuan/puan untuk memilih lokasi tersebut berdasarkan beberapa justifikasi dan borang yang akan diedarkan kelak.

Antara lokasi yang membuatkan AJK tersebut tertarik adalah Tanjung Bidara Beach resort, d'Nelayan Beach Resort, KM Chalet dan beberapa resort di Pengkalan balak yang rata-ratanya sudah habis ditempah.


Lokasi games yang dikenakan sewa

D'Nelayan Beach Resort, Pengkalan balak

Tapak FD yang turut dikenakan sewa

Dewan terbuka

KM Chalet mempunyai beberapa kemudahan untuk aktiviti yang akan dilaksanakan dan ianya tidak melibatkan kos yang besar. Antara kemudahan yang disediakan adalah terdapat 2 buah dewan yang boleh digunapakai, surau dan pelbagai kemudahan sukan untuk mereka yang sukakan aktiviti air. Kos penginapan yang mesra pengguna juga antara faktor yang menarik minat.

Antara chalet di KM Chalet

Kos penginapan

Dewan terbuka yang berhadapan pantai

pantai
Persisir pantai yang akan diadakan GP joran kepada peserta yang menginap
Kami sempat berbual dengan pemilik KM chalet iaitu Mej. (B) Hj. Kamaludin. Menurut beliau harga yang beliau tawarkan sesuai untuk golongan yang berpendapatan sederhana untuk membawa keluarga bercuti. Beliau turut memberitahu kami bahawa beberapa tukun tiruan telah diletakkan berhadapan chalet beliau pada jarak 50 meter dari pantai bagi menggalakkan pembiakan ikan untuk pengemar aktiviti memancing

Port mancing
Untuk makluman tuan/puan para tetamu yang menginap di chalet beliau turut dilindungi insuran kemalangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada 2 orang anggota polis yang telah membawa (tunjuk jalan) setelah tersesat dalam mencari KM Chalet . Kami semua amat menghargai jasa mereka berdua, yang membawa imej yang baik kepada pasukan polis.

Terima Kasih Tuan.