Ya Allah ya Tuhan kami,
Kurniakan Rahmat kepada pasangan pengantin ini
agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,
sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia
dengan mendapat zuriat yang soleh serta
mendapat syafaat daripada
junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~



Kain Songket Halus Tenunan,
Dibawa Orang Masuk Ke Kota,
Sudah Bertemu Dengan Pasangan,
Laksana Cincin dengan Permata.
 

Dengan segala hormatnya, tuan/puan dijemput ke Majlis Resepsi Perkahwinan Dr. Siti Nurhaida dengan pasangannya Mohd Faizal pada ketetapan berikut:

 Tarikh : 17 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 am - 3.00 pm
Tempat : Café Botanikal Melaka, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah jaya, Ayer Keroh, Melaka

Buah rambai Tumbuh Dihutan,
Dihujung Ranting Buahnya Lebat,
Mari Beramai Kita Doakan,
Semoga Majlis Mendapat Berkat

Kehadiran tuan/puan telah menyerikan lagi majlis dan diberkati Allah SWT disamping mengeratkan silatul rahim sempena kemeriahan syawal ini.