Wang poket merupakan wang perbelanjaan harian peribadi seseorang, ianya bergantung kepada individu untuk mengawal perbelanjaan tersebut. berikut adalah aplikasi andriod untuk merancang perbelanjaan harian anda.
 
Tapi bukan itu yang ingin diperkatakan disini.
 
Sebenarinya ini adalah undangan bagi Majlis menyambut menantu oleh Encik Wan
 Saharizal bin Wan Harun (juruteknik) yang juga dikenali sebagai Wan Poket dikalangan juruteknik dan beberapa pensyarah.
 

"Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." - Ar-Rum : ayat 21


 
Disempatan ini tuan/puan dijemput untuk menghadiri majlis menyambut menantu pada ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Mac 2013
Alamat : 151 Felda Pasoh 3, Batu Kikir, Negeri Sembilan
Masa : 11.00 pagi hingga 4.00 petang