Al Fatihah...

Salam takziah diucapkan kepada Encik Mahader bin Muhamad (juruteknik) di atas kehilangan ibu tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 2013.

Bersama kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa di syurga. In Shaa Allah.

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, "Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikan Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, " Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman : "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasa Al-Maut itu."

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikan kekuatan, sehingga Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Baginda Rasulullah SAW bersabda , "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan  malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut sampai ke perut dan kemudian mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudian mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak seseorang itu."

Sambung Rasulullah SAW lagi ," Kalau orang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka di akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya pada sayap Jibrail. Kalau orang  yang nazak itu orang yang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takut apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

oh Islam. blogspot