Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari kita yang lima. Perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. laungkan ..."Allahu Akhbar" sekuat-kuatnya. tulah rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam itu adalah kewajipan solat lima waktu yang tidak boleh diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu ke meja, perhatikan.


Berrmula jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah " Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Kegagalan mendidik diusia ini akan memberikan kesan yang besar pada masa hadapan.



Naikkan jari yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatahlagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! di usia ini  sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia iani, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.

Lihat pula jari yang ketiga, jari yang paling tinggi. Jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan , alam dewasa kian menjengah. Diperingkat 30-an ini, seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita perlu berhati-hati kerana diwaktu ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, Hantu ego, Hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih ke jari seterusnya, jari telunjuk nama diberi. jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada pada tahap ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap Jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancer. Buat generasi mud, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.

 
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan menggangkat ibu jari ke atas, itulah rahsia kejayaan anda.

akhir kata, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima...dimanakah kita sekarang?