Bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat ?
Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda SAW telah Bersabda: "Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibubapa dan silaturrahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan." (HR Abu Naim)
Empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkann oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah SWT demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai " The way of life".
Perkara pertama yang disentuh oleh Rasulullah SAW ialah bersedekah. Semua orang mampu bersedekah kerana pemahaman sedekah itu tidak hanya berupa bentuk fizikal seperti wang ringgit atau harta benda semata-mata. Hatta yang tidak beharta pun masih mampu bersedekah, Iaitu dengan menggunakan tenaga kudrah fizikal tubuh badan untuk mambantu orang lain. Apatah lagi seandainya kita dianugerahkan Allah dengan kemewahan dan sudah pasti lebih mudah untuk mengamalkan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW itu.
melalui budaya sedekah, ia akan membentuk lanskap mayarakat penyayang dan perihatin. Perasaan kebersamaan dan semangat kekitaan pasti wujud kukuh dan berakar umbi teguh dalam masyarakat yang saling mambantu melalui pemberian sedekah.
Perkara kedua yang disarankan Baginda SAW ialah bersikap sentiasa menyuruh ke arah kemanfaatan dan kebaikan. Skop menyuruh kepada kebaikan sebanarnya tidak hanya terhad kepada da'ie atau pendakwah sahaja malah semua mukmin mesti berasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak insan lain kepada kebaikan. Menyuruh ke[pada kebaikan juga bermakna kita melaksanakan seruan ke jalan Allah.
Apa saja kesempatan hidup seharusnya kita gunakan dengan mangamalkan gaya hidup yang saling menasihati ke arah kebaikan. Tidaklah wajar dalam sebuah masyarakat Muslim untuk menutup mata seandainya melihat adanya sesuatu yang mungkar.
Berbakti kepada kedua ibu bapa juga diberitahu oleh Rasulullah SAW sebagai elemen yang akan memancarkan keberkatan kepada umur dan kehidupan kita.
Sesungguhnya mengabaikan aspek memelihara dan berbakti kepada ibu bapa akan mengundang laknat Allah SWT dan pastinya seksa maha pedih menenti anak yang derhaka itu. Seseorang anak yang derhaka dan mengabaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa tidak mungkin memperoleh keberkatan dalam apa saja di atas dunia ini, apatah lagi di akhirat kelak.
Allah mengingatkan kita yang bermaksud; " sembahlah Allah dan janganlah kemu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuatlah insanlah (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapa." (Surah An Nisa; 36).
Ini perintah Allah dan sesiapa ingkar memetuhinya bermakna melakukan satu dosa besar di sisi-Nya.
Perkara keempat ialah memelihara hubungan sesama insan sama ada ibu bapa, kaum kerabat, jiran tetangga dan juga sesame ummah. Pesan Rasulullah SAw bermaksud; "Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silatur rahim). (HR Bukhari dan Muslim).
Justeru itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmay umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan. Kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi esok untuk kita?
Label: Santapan Rohani
Catat Ulasan