30 September 2013. Kemalangan Jalan Raya yang berlaku berhadapan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Melaka, Kemalangan tersebut melibatkan 3 buah kenderaan dan sebuah lori sampah. Ianya melibatkan 3 orang mangsa wanita melayu, seorang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. (sumber Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) fb.

keratan Harian Metro 1 Okt 2013
 

Untuk pengetahuan semua, antara mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut adalah isteri dan anak kepada salah seorang staf FKM. Walaubagaimanapun kesemua mangsa hanya mengalami cedera ringan dan mereka dirawat di Hospital Besar Melaka sebagai pesakit luar dan telah dibenarkan pulang ke rumah namun masih perlu mendapatkan rawatan susulan.

Kemalangan tersebut berlaku jam 12.45 tengah hari ketika mangsa ingin pulang ke rumah selepas mengambil anak beliau pulang dari sekolah.

Bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.