يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
"
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari. Humkum puasa adalah wajib bagi umat Islam. Puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri, secar tidak langsung amalan puasa ini akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus diperaktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Seluruh AJK KeSURI mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh warga FKM yang beragama Islam. Dikesempatan ini juga kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan dsama ada sengaja ataupun tidak, kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datannya dari diri kami sendiri yang merupakan hamba Allah yang serba kekurangan.
Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan, terdapat berbagai amalan yang disunahkan pada bulan yang mulia ini antaranya :
1. Menghatamkan al-Quran - Pada bulan inilah Al-quran pertama kali diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman : "Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur'an sebagai pertunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-baqarah 185)
2. Solat Tarawikh - Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
3. Memperbanyakkan Doa - Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab.
4. Memberikan Juadah Berbuka - berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebiji kurma sebagaimana sabda rasulullah SAW : " Barang siapa yang memberikan ifther (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun." (HR Bukhari & Muslim)
5. Bersedekah - Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan." (HR Tirmizi).
6. Iktikaf - Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. Iktikaf disunahkan bagi lelaki dan perempuan, kerana Rasulullah SAW selalu beriktikaf terutama sepuluh malam terakhir.
7. Umrah - Ramadhan adalah waktu terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama rasulullah SAW. Beliau bersabda : Umrahn pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."
8. Memperbanyak membuat kebaikan - Bulan Ramadhan adalah peluang emas bagi setiap muslim untuk menambah pahalanya disisi Allah.
Label: Lain-Lain
Catat Ulasan