Belaian kasih adalah nama yang diberikan kepada tabung kutipan sumbangan ikhlas dari semua. Tujuan tabung ini diwujudkan adalah bagi membantu sesiapa yang memerlukan tidak kira apa jua musibah yang melanda atau menampung keperluan seharian bagi insan-insan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal, mualaf dan sebagainya.



Nama belaian kasih diberikan kerana ia bersesuaian dengan matlamat pengwujudan tabung ini adalah untuk tuan/puan menghulurkan secebis rasa kasih kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk wang bagi kegunaan harian mereka. Dengan secebis kasih ini, akan membuatkan mereka ceria dan gembira.



Nabi Muhammad SAW telah bersabda : "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri." (HR Anas Ibnu Malik).

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia serta diberkati Allah SWT ini, Tabung ini dilancarkan bagi mereka yang ingin menghulurkan subangan ikhlas. Sumbangan ke tabung ini akan berterusan selagi ada hayat dan Bukannya hanya untuk bulan ramadhan sahaja.

Untuk permulaan ini, hasil sumbangan yang dikutip adalah untuk tujuan pengumpulan dana sempena program berbuka puasa FKM pada 16 Julai 2013.

Sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut." (HR at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban).


tabung sumbangan ini akan diletakkan di Meja Puan SeriHate,Pejabat Pentadbiran FKM. Hasil kutipan sumbangan akan dikutip pada setiap bulan dan akan diagih-agihkan kepada pihak yang berkenaan.

Semoga sumbangan anda sidikit sebanyak akan mengurangkan beban mereka yang memerlukan disamping menceriakan mereka.