Berhari raya tanpa dilengkapi balang berisi biskut dan kek di atas meja hidangan tentunya terasa kurang meriahnya. Ia sudah menjadi amalan zaman-berzaman sehingga kini. Sebagai sebuah Negara berbagai kaum, Malaysia tidak kalah dengan aneka sajian lazat dan menyelerakan. bahulu, makmur, kek mentega, kerepek bawang, kacang botak, samprit, tapai dan dodol antara hidangan kuih raya tradisi yang masih wujud di hati masyarakat kini.


Menikmati kuih warisan berzaman ini, pasti akan membangkitkan semula kenangan menolong ibu menyediakan kuih raya tradisi di dapur menjelang hari raya.


Duduk bersila di atas pangkin yang dibina di bawah rumah kayu, sesekali ibu berdiri sambil membongkokkan badannya untuk menyalakan api yang sering terpadam oleh tiupan angin yang menyusur masuk dari celah-celah kayu dapur arang. Ketika menunggu masa bahulu diangkat, tangan ibu tidak pernah berhenti memukul telur, gula dan tepung iaitu bahan membuat kuih tradisi ini.
 

Begitulah momento indah tatkala mengenangkan semula pengalaman silam setiap kali menjelang musim perayaan.

Tapi itu dulu..., kini semuanya menjadi mudah. Apa kata tuan hadiahkan ibu anda dengan kuih raya yang ditawarkan dibawah.



 
Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Sekiranya tuan berminat untuk membuat tempahan sila hubungi melalui e-mail Dr. Reduan bin Mat Dan. Tempahan hendaklah dibuat sebelum atau pada 5 Julai 2013.