Sekadar gambar hiasan |
Pada 26 & 27 jun 2013 yang lalu, admin telah mengikuti satu kursus Pembangunan Perkeranian. Di dalam kursus ini peserta diajar untuk meningkatkan kemahiran, protokol dan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Pembantu Tadbir (kerani).
Admin selaku wakil dari peserta ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penceramah bagi kursus bagi 2 hari tersebut iaitu Hj. Jalaludin bin Mohd Nor dan Dr. Ridzuan bin Mohd Sagir yang berjaya membuatkan setiap sesi kursus kami 'sempoi' dan ceria dengan gelak tawa namun turut memberi impak kepada kami dalam melaksanakan tugas harian di pejabat.
Banyak input yang kami dapat melalui kursus ini yang akan meningkatkan prestasi kerja dan teknik serta amalan dalam komunikasi yang boleh/perlu diamalkan antaranya MESRA,SEDIA, JELAS, BAGUS dan HEBAT. Kami juga turut diajar tentang protokol dan teknik iaitu apa yang patut dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berhadapan pelanggan/rakan sekerja/ sahabat handai dsb.
Di sini admin akan berkongsikan dengan semua tentang komunikasi sebagai panduan atau informasi bersama.
Dalam konunikasi seharian terdapat 2 jenis komunikasi iaitu secara perbualan bersemuka dan perbualan telefon. Bagi perbualan bersemuka bahasa badan merupakan faktor yang paling penting dan ia merupakan peratusan tertinggi iaitu 55% berbanding Vokal/Intonasi sebanyak 38% dan Verbal sebanyak 7%. Ini menurut penelitian psikologi Albert Mehrabian.
Budaya SALAM adalah bahasa lisan yang seharusnya digunakan dalam komunikasi. Salam adalah singkatan bagi :
S - Salam selamat,
A- Ajukan soalan (Peribadi) seperti Tuan sihat?
L - Luahkan pujian ikhlas, cth : Puan Nampak cantik hari ni.
A - Ajukan soalan (Kerja)
M - Minta diri
Manakala MESRA adalah bahasa badan yang patut ada dalam komunikasi. Mesra bermaksud :
M - Memandang Mata
E - Endah, Empati dan Ekspresi
S - Senyum, Salam, sendeng (Condongan badan kehadapan) dan sentuh
R- Rapat [Gunakan jarak yang sesuai (intim, formal, Publik)]
A- Angguk-angguk (geleng-geleng) bergantung kepada situasi
Pergerakan mata merupakan salah satu dari bahasa badan yang menunjukkan respon spontan dalam komunikasi. disebabkan itulah terbitnya kata "dari mata turun ke hati". Di sini, kita/ seseorang dapat mengetahui samaada betul atau tidak mengenai kenyataan yang diberikan.
KIRI
|
KANAN
|
Mengingati
|
Mereka/
Mencipta/ Membina
|
VR
– Visual Remembered
|
VC
– Visual Constructed
|
Apakah warna kereta abang anda?
|
Mambayangkan ayah anda berambut merah
|
AR
– Auditory Remembered
|
Ac
– Auditory Contructed
|
Anda ingat suara ibu anda
|
Bayangkan bunyi gitar seperti bunyi
burung berkicauan
|
AD
– Auditory Digital (self Talk)
|
K
- Kinestetik
|
Setelah gagal, apakah yang telah anda katakana
kepada diri anda
|
Bagaimana rasa berendam dalam air
hangat
|
Salah satu teknik komunikasi yang berkesan ialah MIRRORING. Teknik ini amat sesuai dan amat berkesan dalam 'mentackle' hati pelanggan. "Sebabnya kita kena samee...kerana manusia sukakan perkara yang sama." kata Dr. Ridzuan.
Petua Hubungan Kemanusiaan
- latih diri untuk mudah mengingati nama orang.
- Latih diri supaya mudah dan seronok didampingi. - Dengan mengamalkan senyum dan mesra
- Hormati (pandangan) orang lain.
- Sentiasa ingat bahawa penghargaan dan pujian akan membawa kesan positif dan kritikan akan membawa kesan negative.
- Sekiranya pelu menegur / mengkritik - belai dahulu secara fizikal dan psikologikal.
- Tunjukkan semangat apabila berinteraksi.
- harus sentiasa peka kepada mood dan perasaan orang lain.
- tunjukkan yang kita ambil berat tentang orang lain - dengan ekpresi muka, pertuturan dan tindakan.
- Tunjukkan penghargaan kita setiap kali orang lain melakukan sesuatu untuk kita.
- Tunjukkan yang orang lain itu mustahak - minta pandangan dan nasihat mereka.
- latih diri supaya pandai membuat dan menerima gurauan.
- Sekiranya hati kita terluka kerana dikritik atau ditegur, anggaplah orang lain tidak sengaja dan andaikan itu adalah teguran membina - bersangka baik tentang orang lain.
- gunakan bahasa badan yang sesuai - yang menyokong bahasa lisan.
- apabila bercakap dengan orang lain - pastikan jarajk yang sesuai - (intim, formal, Publik)
Label: Lain-Lain
Admin mmg pandai pilih gambar pertama tu... thanks for sharing...
BalasPadam