Setiap tahun KeSURI pasti akan mengadakan program Iftar Ramadhan yang diadakan di perkarangan Pejabat Pentadbiran FKM yang mengumpulkan seluruh warga FKM dan keluarga untuk berbuka puasa bersama.
Pelbagai Aktiviti telah dijalankan sewaktu program tersebut antaranya tazkirah ramadhan, solat maghrib dan isyak berjemaah, meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal, berbuka puasa serta moreh. Program tersebut berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan staf. Tidak kurang juga yang membawa pot luck untuk dikongsikan bersama dengan rakan sekerja dan sahabat handai.
Sedikit kelainan yang dibawakan oleh KeSURI pada tahun ini dengan mengadakan Program Iftar di luar dari FKM iaitu di Masjid Saidina Abu Bakar, Kampus Induk pada 16 Julai 2013. Seluruh warga FKM adalah dijemput untuk menyertai Program ini bagi memeriahkan majlis.
Program ini bermula dengan aktiviti memasak bubur lambuk disebelah pagi oleh beberapa sukarelawan FKM yang sudi memberikan khidmat kudrah.
Pada tahun ini peruntukan yang diberikan oleh Pusat Islam bagi bubur lambuk hanya 1 periuk, dan pihak AJK bercadang untuk menambah lagi 1 periuk dengan hasil wang sumbangan dari warga FKM. Satu periuk bubur lambuk adalah dianggarkan menelan belanja sebanyak RM300.
Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyumbang, bolehlah menyerahkan wang sumbangan tuan/puan ke dalam Tabung Belaian Kasih yang telah disediakan di Pejabat Pentadbiran FKM.
"Barang siapa yang menolong akan Orang Alim atau Orang yang belajar Ilmu sekalipun dengan seteguk air maka ia memperoleh pahala seperti ia membina akan Kaabah 70 kali" (petikan dari Kitab Matlain al Badrain)
Proses pengagihan bubur lambuk akan dijalankan pada kurang lebih jam 3.00 petang kepada seluruh warga FKM khususnya dan warga UTeM amnya.
Program Iftar ini diteruskan lagi dengan Tazkirah Ramadhan pada jam 6.30 petang sementara menunggu waktu berbuka oleh ustaz yang telah dilantik sehingga waktu Maghrib. Diikuti dengan Majlis berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah.
Majlis diteruskan lagi dengan Solat Isyak Berjemaah diikuti dengan Solat Terawih. Selesai terawih para hadirin akan dijamu dengan moreh yang disediakan secara pot luck yang disumbangkan oleh warga FKM yang perihatin.

Label: Aktiviti
Catat Ulasan