Dewasa kini, makanan tradisional dodol masih boleh didapati di nagara ini meskipun masyarakat umum lebih terdedah kepada hidangan moden lain seperti kek lapis dan biskut moden. Dodol merupakan salah satu makanan tradisi yang tidak lapok dek hujan, tak lekang dek panas, dari dulu hingga sekarang. Ianya masih diminati walaupun rupa parasnya tidak cantik, hitam manis tapi kesedapannya yang menjadi pilihan.

Bagaimanapun, kewujudannya terhad dan hanya boleh didapati dengan banyak menjelang musim perayaan terutama ketika sambutan Aidilfitri.


Situasi itu menyebabkan dodol kian terpinggir dan kurang dikenali dalam masyarakat hari ini khususnya dalam kalangan muda. Selain itu, ia juga menimbulkan tanggapan kurang tepat masyarakat iaitu makanan ini hanya boleh dinikmati padfa musim perayaan sahaja.

Dodol Alor Gajah yang siap diproses
Berlandaskan perkara itu, Encik Mohd Rizal bin Roosli (juruteknik), mengambil inisiatif untuk menceburkan diri dalam mengedarkan Dodol Alor Gajah, Melaka bagi membuktikan bahawa ia boleh didapati pada bila-bila masa, kerana ia mempunyai kelazatan tersendiri dan sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat.

Berikut adalah harga yang ditawarkan yang dirasakan berpatutan :

1 kg                                        =    RM16.00
1/2 kg                                     =    RM8.00
1 Balang (50 pcs)                   =    RM30.00
1 Bekas Mengkuang (1 Kg)   =    RM18.00
 

1 Balang (50 pcs) = RM30

Bekas Mengkuang

Pek 1 & 1/2 kilo
 
Kepada yang berminat boleh menghubungi:
Encik Mohd Rizal bin Roosli (Ijal) 
012-6304644.