Tahniah diucapkan kepada Encik Ridhwan bin Jumaidin di atas kelahiran anak perempuan pada 12 Julai 2013 yang lalu.
Demam kuning atau jaundice kini menjadi kebiasaan bagi bayi baru lahir. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang lahir mengalami penyakit demam kuning juga dikenali sebagai jaundice ini . Ia merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa.
Ada banyak rawatan susulan/petua yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kesan demam kuning atau jaundice ini pada anak atau bayi.
Antara petua yang boleh dipraktikkan adalah :
Susu Ibu - adalah anugerah Tuhan yang mempunyai banyak kandungan yang patut untuk anak imun kepada penyakit. Berikan susu ibu sebanyak mungkin kepada bayi atau paling kerap 2 jam sekali. Pastikan ibu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak. Pemakanan ibu sewaktu menyusukan bayi juga penting agar susu yang dihasilkan lebih berkhasiat untuk kedua-dua (ibu dan anak)
Susu Kambing - dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing mempunyai khasiat serta kandungan protein yang hamper sama dengan susu ibu. Namun pertu diingatkan bahawa bukan semua bayi serasi dengan kaedah ini.
Sengkuang Cina - Dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Isi sengkuang cina diparut, kemudian diperah hingga keluar air. Ambil airnya dan berikan kepada bayi dalam beberapa titis kerana perut bayi belum cukup bersedia untuk terima bahan lain. Amalkan untuk beberapa kali sehingga demam tersebut hilang.
Pokok Dukung Anak - Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan direbus. Apabila Air rebusan menjadi suam gunakan untuk memandikan bayi sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
Halwa Kundur - Bersihkan dan direbus, kemudian air rebusan diberikan minum kepada bayi yang kena jaundis.
Ini adalah beberapa petua dan cara yang boleh dipraktikkan sekiranya anak terkena demam kuning atau jaundice semasa baru dilahikan. Walaubagaimanapun , semua petua ini adalah mengikut kesesuaian namun boleh diamalkan untuk kebaikan bayi tersebut. In shaa Allah.
sumber : hasrulhassan.com
Demam kuning atau jaundice kini menjadi kebiasaan bagi bayi baru lahir. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang lahir mengalami penyakit demam kuning juga dikenali sebagai jaundice ini . Ia merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa.
Ada banyak rawatan susulan/petua yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kesan demam kuning atau jaundice ini pada anak atau bayi.
Antara petua yang boleh dipraktikkan adalah :
Susu Ibu - adalah anugerah Tuhan yang mempunyai banyak kandungan yang patut untuk anak imun kepada penyakit. Berikan susu ibu sebanyak mungkin kepada bayi atau paling kerap 2 jam sekali. Pastikan ibu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak. Pemakanan ibu sewaktu menyusukan bayi juga penting agar susu yang dihasilkan lebih berkhasiat untuk kedua-dua (ibu dan anak)
Susu Kambing - dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing mempunyai khasiat serta kandungan protein yang hamper sama dengan susu ibu. Namun pertu diingatkan bahawa bukan semua bayi serasi dengan kaedah ini.
Sengkuang Cina - Dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Isi sengkuang cina diparut, kemudian diperah hingga keluar air. Ambil airnya dan berikan kepada bayi dalam beberapa titis kerana perut bayi belum cukup bersedia untuk terima bahan lain. Amalkan untuk beberapa kali sehingga demam tersebut hilang.
Water Chestnut |
Pokok Dukung Anak - Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan direbus. Apabila Air rebusan menjadi suam gunakan untuk memandikan bayi sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.
Phyllanthus Amarus |
Halwa Kundur - Bersihkan dan direbus, kemudian air rebusan diberikan minum kepada bayi yang kena jaundis.
Halwa Kundur |
sumber : hasrulhassan.com
Label: Berita Kelahiran
Catat Ulasan