Sempena Mesyuarat Agung KeSURI 2013 yang diadakan pada petang 6 Mac 2013, salah seorang ahli KeSURI Iaitu Encik Ismail bin Ibrahim telah membawa masuk Nescafe bagi menyediakan minuman percuma kepada staf dan pelajar di Kampus Industri, UTeM pada sebelah pagi.


Lori nescafe tersebut berada di perkarangan lobi Bangunan FKM selama kira-kira 2 jam bermula jam 10.00 dan berakhir jam 12.00 tengahari. Lori tersebut yang menyediakan hampir 2020 cawan untuk dinikmati oleh semua.


Pemberian minuman Nescafe ini adalah salah satu khidmat korporat syarikat Nestle bagi memperkenal dan memberi pengguna merasai kenikmatan nescafe 3 dalam 1 yang merupakan salah satu produk mereka .



Admin bertanyakan kepada staf nescefe tersebut bagaimana untuk membuatkan nescafe yang mempunyai rasa yang enak. berikut dikongsikan  3 langkah mudah untuk secawan nescafe sempurna bersama coffee mate.
  • 1 sudu teh Nescafe classic
  • 2 sudu nestle coffee mate
  • 2 sudu gula
  • 180 ml air panas.
Dikesempatan ini, kami mengucapkan syukur dan terima kasih di atas pemberian minuman percuma kepada kami dan pelajar yang mengikuti pengajian di sini kepada Syarikat Nestle dan Encik Ismail.