Mesyuarat AGM KeSURI 2013 telah berlangsung dengan jayanya. yang telah dihadiri anggaran 70 orang ahli.

Mesyuarat bermula dengan pendaftaran Ahli, juga serahan cenderamata di kaunter pendaftaran. Di sini juga dibuka kaunter bayaran yuran kepada mereka yang ingin menjelaskan yuran.

Sesi pendaftaran
Cenderahati
Selesai sesi pendaftaran, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Hafidzal diikuti dengan ucapan ringkas Pengerusi KeSURI iaitu Encik Reduan bin Mat dan beserta pembentangan laporan kelab bagi tahun 2012.


Baccan Doa

Hadirin Wanita

Hadirin lelaki

Hadirin lelaki
Dalam pembentangan tersebut beliau mengingatkan kepada ahli tentang objektif penubuhan kelab. Beliau juga membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012 antaranya ialah Pencapaian Sukan Antara Jabatan (SAJ), Aktiviti kerohanian dan kebajikan yang kebanyakkannya dibuat pada bulan ramadhan, pinjaman kecemasan dan penambahbaikan Blog KeSURI yang banyak membantu dalam penyebaran maklumat dikalangan ahli dan juga pembaca luar. Beliau juga turut memaklumkan kepada ahli untuk berkongsikan apa-apa artikel yang berkaitan atau menarik untuk dikongsikan boleh berurusan dengan admin blog.

Pengerusi

Selain itu, beliau turut membentangkan status kewangan kelab yang berjaya mengumpul lebih RM12K pendapatan hasil dari kutipan yuran, sumbangan individu, sumbangan syarikat dan lain-lain. aktiviti penjanaan pendapatan kelab dengan membuat jualan t-shirt FV yang merupakan penjanaan tertinggi, jualan kecil-kecilan di pejabat pentadbiran dan juga jualan kuih raya. Sebanyak RM8500 telah dibelanjakan bagi keseluruhan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2012.

Perancangan bagi tahun 2013 bagi aktiviti sukan ialah pertambahan peruntukan kewangan bagi SAJ 2013 untuk mencapai sasaran yang telah dirangka oleh Ketua Biro Sukan KeSURI iaitu Encik Azhar bin Ab. Aziz. Pada tahun ini KeSURI akan mengambil alih jualan t-shirt  SAJ untuk penyokong dan pemain-pemain SAJ 2013.

Manakala sukan yang menjadi acara tahunan kelab seperti badminton yang telah berlangsung dengan jayanya juga bowling yang masih dalam perancangan pelaksanaannya dan ianya diserahkan kepada Dr Tamreen.

Bagi aktiviti kerohanian, pihak KeSURI akan mengadakan ceramah pada setiap minggu pertama bagi
setiap bulan dan mengekalkan jamuan secara 'pot luck'. Ianya juga bergantung kepada kelapangan penceramah dan kelab akan membuat tuntutan mata CPD untuk peserta. Kelab juga akan mewujudkan satu tabung derma bulanan yang bertujuan mengumpul sumbangan ikhlas dari staf FKM untuk didermakan kepada organisasi terpilih dan ianya akan ditempatkan di Pejabat Pentadbiran. Majlis berbuka puasa dan tarawikh akn dibuat pada minggu ke-3 ramadhan juga akan diadakan dan ianya merupakan salah satu aktiviti tahunan kelab.

Perancangan terbesar bagi tahun 2013 ialah Program Hari Keluarga FKM yang akan dilaksanakan pada 29 Jun 2013 yang menawarkan aktiviti sukaneka dikalangan keluarga staf. Lokasi yang dicadangkan adalah di Sekitar Ayer Keroh, Melaka. AJK pelaksana hari keluarga juga telah dilantik bagi melancarkan perancangan.

Penjanaan pendapatan kelab juga antara yang disebut oleh pengerusi bagi menambah pendapatan kelab seperti jualan t-shirt, jualan kecil-kecilan, penajaan dan lain lain.

Diakhir pembentangan beliau, kelab berjaya secara berterusan mencapai objektif penubuhannya di dalam sukan dan kebajikan, kewangan kelab yang mampu menyediakan bantuan kecemasan dan menjaga kebajikan ahli dan segala aktiviti yang dijalankan menunjukkan semakin banyak ahli yang mengambil bahagian.

Selesai pembentangan,  mesyuarat diteruskan dengan pengagihan sijil oleh Dr Ahmad Anas (wakil kepada Dekan) kepada pemain-pemain sukan SAJ melalui wakil yang hadir.

Wakil Bola sepak
 
Wakil Bola Tampar

Wakil Lawn ball

Wakil Karom

Wakil Ping pong Campuran
Wakil Catur


Wakil Olah raga
Wakil Tenis
 

wakil Ten pin Bowling

Wakil Tarik Tali
Mesyuarat berakhir pada jam kurang lebih jam 4.00 petang dan semua yang terlibat dijemput untuk menikmati Hi tea.