Perlawanan bola sepak pada petang 26 Mac 2013 yang menentukan tempat ke separuh akhir antara pasukan FKM menentang Hepa+ Perpustakaan berkeputusan, pasukan FKM telah gagal menuruskan perjuangan setelah tewas 1-3 kepada pasukan lawan.


Tahniah dan syabas kepada pasukan FKM yang berjuang dengan penuh semangat. Mungkin belum rezeki kita untuk terus mara.

Pada pemerhatian admin pada perlawanan itu, terdapat beberapa perkara yang dirasakan perlukan perhatian semua, antaranya

- Kurang stamina oleh pemain. Mungkin disebabkan kurang latihan dan keserasian dikalangan pemain.

- Pasukan lawan mempunyai tubuh badan yang agak besar berbanding dengan pasukan FKM yang rata-ratanya bertubuh kecil.

- Pengadil yang agak berat sebelah dan tidak peka dengan situasi di dalam padang. terutama penjaga garisan kerana admin perhatikan bola belum pun melepasi garisan luar pada namun si pengadil telah mengangkat bendera kerana menyangka bola telah keluar dari permainan.

Apapun tahniah sekali lagi kepada pasukan bola sepak FKM kerana berjaya mencapai sasaran yang telah diletakkan. Danm admin berharap agar pasukan FKM akan terus melangkah jauh dalam kejohanan SAJ 2014.

Sesi Pemanas Badan

Memanaskan badan
 
Pasukan Hepa + Perpustakaan
 
Pemain harapan
 
Pengurus hari Kejadian

Aksi lincah Pemain

Counter attack

Kecederaan ringan oleh pemain lawan
 
reaksi penyokong dan pemain simpanan

Sesuatu yang menarik perhatian

Lepaskan penat