Pada petang ini akan berlangsungya perlawanan peringkat suku akhir di antara pasukan FKM melawan pasukan Hepa + Perpustakaan di Padang A pada jam 5.30 petang.
 
 
Perlawanan ini dijangka sengit untuk merebut tempat ke separuh akhir dan admin amat berbangga dengan pasukan FKM kerana berjaya membuka mata semua pihak bagi SAJ 2013. Di mana pasukan FKM telah menjadi salah satu pasukan yang digeruni pihak lawan.
 

Di akui pada kejohanan SAJ yang lalu pasukan bola sepak FKM agak ketinggalan, namun pada kejohanan ini pasukan ini menampakkan kebangkitan yang luar biasa dalam mengharungi kejohanan SAJ pada kali ini.
 
Tidak ketinggalan para penyokong fanatik  yang sedikit sebanyak membantu untuk menaikkan semangat pemain.
 
Perlawanan petang ini akan di uruskan oleh Penolong pengurus berikutan pengurus terpaksa pulang ke tanah air berikutan perkara yang tidak dapat dielakkan. Segala urusan latihan dan tektikal telah diamanahkan kepada penolong pengurus pasukan yang telah bekerjasama hampir setahun.
 
Pada kali ini Pasukan FKM akan menggunakan corak yang belum pernah digunakan sebelum ini,  iaitu 5-3-2 dengan memantapkan sistem pertahanan disamping menggunakan counter attack dengan meletakkan pemain yang mempunyai gerakan yang pantas.
 
Para penyokong pasukan perlu hadir untuk memberikan semangat kepada pasukan bola sepak FKM petang ini.