Alhamdulillah, hari ini genaplah usia admin 33 tahun.
Syukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan usia dan mengurniakan admin kesihatan yang baik, sebuah kehidupan yang sempurna dengan sebuah keluarga yang bahagia (semoga ianya akan berkekalan ke akhir hayat), perkerjaan halal, bos yang baik, rakan sekerja yang baik yang sentiasa bekerjasama, rakan -rakan yang sentiasa menyokong dan membantu di setiap masa, dan mempunyai sebuah perniagaan yang diusahakan dengan titik peluh sendiri.
Semoga tahun ini, admin akan dikurniakan keberkatan usia, dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan dapat mencapai impian dan harapan 2013. Alhamdulillah kerana salah satu impian admin telah tercapai iaitu untuk memiliki sebuah kereta baru. Walaupun ianya hanyalah sebuah kereta 'second hand' tapi syukur kepada Allah SWT yang memurahkan rezeki admin untuk menggantikan kereta yang telah berusia kepada kereta yang lebih baik.
Tapi perlu diingat jika salah pengisian dan salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang telah ditetapkan syarak seperti adanya tarian, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, meninggalkan solat dan sebagainya.
Menjadi persoalan kepada umat islam bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu 'selamat Hari jadi'?
Jawapannya, perkara ini bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barang siapa menyerupai sesuatu kaum makadia bukan dari golonganku."
Jelas bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniup lilin itu bukan dari agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran meraka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah HARAM sebab ia bukan dari budaya Islam.
Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim.
Masuklah ke dalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjamin keselamatan kita di dunia dan di akhirat.
Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Tujuan admin menukar kereta adalah kerana untuk keselesaan lebih-lebih lagi apabila berjalan jauh untuk pulang ke kampung. Selain itu, ianya juga merupakan janji admin kepada isteri. Perjanjian tersebut ialah sekiranya dia mengandung (tambah anak), admin akan mencari sebuah kereta baru.
Kepada rakan-rakan semua, tak perlulah kasi hadiah sempena kelahiran admin ini, cukuplah dengan ucapan selamat dan mengalah di kejohanan Badminton sabtu ini supaya admin boleh membawa pulang hadiah kemenangan nanti (he he he).
Syukur sekali lagi kepada Allah di atas kurniaNya kepada hambanya ini walau sering lupa dan alpa terhadap amanah yang diberikan olehNya sebagai khalifah di muka bumi ini.
Dikongsikan sedikit ilmu mengenai hukum meniup lilin sewaktu menyambut hari kelahiran untuk manfaat bersama.
Sebenarnya menyambut hari lahir adalah tidak salah, sebab rasulullah SAW berpuasa setiap Isnin untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap 12 Rabiulawal semua umat islam menyembut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW untuk memartabatkan agama islam.
Majlis menambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah cara kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah SWT melahirkan kita didunia ini dengan keadaan yang baik dan sihat.
Tapi perlu diingat jika salah pengisian dan salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang telah ditetapkan syarak seperti adanya tarian, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, meninggalkan solat dan sebagainya.
Menjadi persoalan kepada umat islam bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu 'selamat Hari jadi'?
Jawapannya, perkara ini bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barang siapa menyerupai sesuatu kaum makadia bukan dari golonganku."
Jelas bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniup lilin itu bukan dari agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran meraka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah HARAM sebab ia bukan dari budaya Islam.
Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim.
Masuklah ke dalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjamin keselamatan kita di dunia dan di akhirat.
Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Label: Berita Kelahiran
Catat Ulasan