Pada 6 Februari 2013 telah berlangsungnya Majlis Penghargaan ICEI & FV2012 yang diadakan di Kafeteria Kampus Industri. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa petugas-petugas yang telah melaksanakan program tersebut dengan jayanya.

Terima kasih kepada staf yang hadir ke majlis tersebut tidak lupa kepada Tetamu-tetamu VIP yang turut hadir ke majlis "simple tapi meriah" ini.


Antara staf yang hadir

Staf Wanita
 Majlis bermula agak lewat berikutan terdapat sedikit masalah dengan ketibaan tetamu VIP. Pada jam kurang lebih 1.30 majlis bermula dengan bacaan doa pembuka majlis diikuti dengan ucapan ringkas dari Y. Bhg. Dekan fakulti iaitu Profesor Dr. Md. Razali bin Ayob.

Dekan Fakulti

Dalam ucapan ringkas tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas terutama kepada ketua jawatankuasa program yang banyak menyumbang usaha dan tenaga untuk  kedua-dua program tersebut. Tidak lupa kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Selesai uacapan dekan, majlis diteruskan dengan penyerahan sijil penghargaan oleh Naib Canselor UTeM, Y.Bhg. Datuk Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan kepada Pengarah Program dan Pengerusi jawatankuasa.

Pengarah Program
 


Para tetamu dijamu dengan menu Nasi Arab beserta dengan kambing 'golek'  special dari Fiz Hani Katering.


Nasi Arab



sila kunjungi blog imsymo untuk lebih gambar majlis tersebut.