Taklimat ISO 9001: 2008 telah diadakan semalam yang disampaikan oleh Y.Bhg. Prof Madya Shahdan bin Md Lani. Terima kasih diucapkan kepada staf yang hadir untuk memahami kepentingan dan pelaksanaan sistem ISO.



Berikut sedikit penerangan tentang ISO, namun di sini Sistem Pengurusan Kualiti digunapakai mengikut kefahaman admin untuk dikongsikan bersama. Sistem Pengurusan Kualiti UTeM  diwujudkan, dilaksanakan dan akan sentiasa dipertingkatkan mengikut standard ISO 9001:2008.

Sistem Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan di UTeM  adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan, penyediaan penyeragaman peraturan kerja dan dokumen yang standard serta meningkatkan kualiti dan produktiviti. Sistem kualiti ini perlu dipatuhi oleh semua warga kerja di UTeM yang merangkumi semua proses atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Turutan dan hubungkait proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan proses utama yang disokong dengan proses-proses sokongan dan dipertingkatkan melalui proses pengurusan sistem.

UTeM telah mewujudkan, mendokumenkan dan memelihara dan secara berterusan memajukan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dengan mengenalpasti proses-proses bagi sistem pengurusan kualiti.