Pada hari rabu yang lalu telah berlangsungnya Majlis Amanat Dekan atau lebih tepat lagi Majlis Taklimat Dekan kata Dekan sendiri sewaktu ucap tamanya. dianggarkan seramai 70 hingga 80 staf yang hadir ke majlis tersebut.


Di dalam majlis tersebut Dekan menerangkan tentang pencapaian 2012 dan perancangan 2013. Beberapa pencapaian yang dibanggakannya seperti peningkatan jumlah penyelidikan dan pertambahan bilangan pelajar pasca siswazah walaupun tidak diletakkan sasaran.

Bagi perancangan 2013 pula, beliau meletakkan beberapa sasaran terutama penyelidikan dan tambahan pelajar pasca siswazah. Pertambahan pelajar MSc dijangkakan bertambahan pelajar berikutan penawaran program master mix mode dan Tough course.

Manakala beberapa jabatan akan diakriditasi bagi penyambungan dan permohonan baru bagi pengiktirafan program oleh Lembaga jurutera Malaysia. Turut dibangkitkan di dalam taklimat tersebut ialah mengenai Ceramah teknikal dan penstrukturan semula makmal-makmal dibawah tiap jabatan. Makmal penyelidikan juga akan diwujudkan bagi memudahkan proses penyelidikan yang dilakukan oleh staf. Selain itu, mahasiswa berinovasi akan dilaksanakan yang melibatkan proses penyelesaian masalah dan self indipending oleh pelajar dan ianya dibantu oleh juruteknik dan pengajar.

Sistem e-print perlu dipraktikkan oleh pensyarah bagi tujuan pengumpulan maklumat berkaian penyelidikan dan hasil penulisan staf. Beliau juga turut menekankan tentang keterlibatan masyarakat dimana jalinan di antara fakulti dengan masyarakat melalui khidmat kepakaran, penawaran kursus-kursus berkaitan dan penyewaan peralatan.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang sentiasa menyokong beliau sepanjang beliau menjadi Dekan. Beliau berkata demikian kerana pengurusan tertinggi fakulti akan bertukar berikutan tempoh lantikan akan berakhir di antara pertengahan februari hingga mac 2013. Beliau berharap pengurusan baru yang dilantik akan meneraju fakulti dengan jayanya dan terpulang kepada penerusan tersebut untuk terus melaksanakan perancangan yang dibuat atau membuat perancangan baru yang lebih baik demi memajukan FKM khususnya dan UTeM secara amnya.

Antara staf yang hadir

Staf wanita
 
Staf sokongan