Pada 16 Januari 2013 yang lalu salah satu hasil penyelidikan Pensyarah FKM telah terpilih untuk ditayangkan di salah satu slot di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Slot tersebut memaparkan hasil penyelidikan oleh beberapa IPT yang menggunakan teknologi hijau.
Produk yang dipaparkah adalah dikenali sebagai E-Bike. Ia dihasilkan oleh Encik Safarudin Gazali Herawan (gambar) yang merupakan ketua penyelidik bersama beberapa pelajar Projek Sarjana Muda (PSM)bagi produk tersebut. Produk ini dihasilkan bagi menyahut seruan kerajaan bagi menggunakan teknologi hijau bagi mengelakkan pencemaran dan juga Melaka Bandar Teknologi Hijau yang dilaungkan oleh Datuk Seri Ali Rostam iaitu Ketua Menteri Melaka.
Motosikal tersebut menggunakan hub motor sebagai penggerak utama dan bateri lithium ion sebagai sumber kuasa. Motorsikal tersebut boleh mencapai kelajuan maksimum 80 km/h dan hasil ujikaji menunjukkan bahawa keupayaan/ketahanan bateri adalah 1 bulan*
*tidak digunakan setiap hari
Label: Lain-Lain
Catat Ulasan