Sempena dengan sambutan bulan kelahiran Rasulullah SAW ini, dikongsikan beberapa makanan kegemaran Rasulullah SAW bersama khasiatnya.
2. Barli - Bagus untuk demam jika dibuat sup
3. Buah Tin - Buah dari Syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur - rasulullah SAW suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.
5. Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit-birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (segala jenis) - Rasulullah berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.
7. Susu - Rasulullah SAW berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.
8. Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga
9. Minyak zaitun - Rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan dan merewat radang perut.
10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. jangan diteguk kerana mudah mendapat sakit pada hati.
"Hati yangbersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, 'suapkanlah' ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat."
Bersamalah kita mengamalkan mekanan kegemaran Rasulullah ini , moga mendapat keberkatan dan mengekalkan kesihatan yang baik. InsyaAllah.
Label: Info
Catat Ulasan