Menceburkan diri dalam perniagaan memang susah, bila dah jadi usahawan anda tidak ada pilihan lain selain daripada memastikan anda berjaya dan tidak lagi menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.


Berikut beberapa perkara yang perlu anda tahu bila berniaga :

1.   Jangan harap pertolongan orang selain diri anda sendiri. Ramai yang putus asa dan letakkan kegagalan pada orang lain yang tidak mahu memberikan pertolongan. Jika anda rasa orang perlu tolong anda untuk barjaya, anda hanya membuang masa. Ingat! bila anda gagal, anda keseorangan menghadapinya, bila anda berjaya semua orang mahu tumpang/ ambil bahagiannya.

2.   Setiap yang menolong mahukan sesuatu - Tidak ada dalam dunia ini yang membantu secara percuma. Mereka mengharapkan balasan tidak kira sama ada dalam bentuk wang atau lain-lain ganjaran. Oleh itu, sentiasa pastikan orang yang membantu anda tahu apa yang dia mahu dan berika padanya. Jika anda tidak mampu, lupakan saja pertolongan darinya dan jangan minta bantuan percuma.

3.   Segalanya bermula dengan kesukaran - Tidak ada benda mudahbila anda baru memulakan nya. Ia hanya menjadi mudah apabila anda tidak jemu mengulang dan mencuba bertubi-tubi tanpa jemu. Oleh itu, jika anda menghadapi kesukaran, terima dengan hati yang terbuka dan teruskanjuga sehingga ianya menjadi senang.

4.   Tawarkan apa yang orang mahu, bukan apa yang anda mahu - Perniagaan adalah perkhidmatan menyelesaikan masalah atau kehendak orang. Anda mesti bersedia untuk memenuhi kehendak orang lain, bukan kehendak anda. Jangan paksa orang menerima sesuatu yang anda mahu sedangkan mereka tidak ingin.

5.   Anda hanya perlu berusaha, yang menentukan kejayaan adalah Allah - Perniagaan tidak boleh dijadikan paksaan. Jangan paksa orang beli, hanya nyatakan apa yang anda tawarkan. Sama ada dia akan membeli atau tidak bukan urusan anda. Jangan mendesak sehinggan kawan atau sesiapa saja merlarikan diri apabila terlihat kelibat anda.

6.   Buang sikap yang anda serba tahu - Masalah usahawan yang ego adalah merasakan dia serba tahulalu tidak menerima cadangan orang lain. Sentiasa buka minda pada sebarang cadangan. Mungkin anda tidak tahu apa yang anda tidak tahu yang sepatutnya anda tahu.

7.   Jangan bersikap terlalu sempurna. - Orang yang berniaga tidak pernah berada dalam keadaan cukup segala-galanya. Jika anda menunggu segalanya sempurna untuk berbuat sesuatu, anda langsung tidak akan memulakannya. Berikan kesempatan pada semua untuk belajar dari kesila[pan termasuklah diri anda.

8.   Berikan tumpuan pada perkara kecil yang sering dilakukan dan perbaiki menjadi lebih sempurna. - Ramai usahawan yang silap apabila memberikan tumpuan hanya pada perkara-perkara besar yang berlaku sekali-sekala dalam kehidupan. Anda adalah apa yang anda sering ulangi melakukannya, dan dari situlah kejayaan datang. Mengharapkan perkara jarang berlaku adalah seumpama bermain nombor ekor. Lebih baik simpan RM5 seminggu dan jadikan ianya tabiat daripada tikam ekor RM5 seminggu untuk menjadi kaya.

9.   Hampir semua perkara hebat tidak datang dengan mudah. - Kejayaan, peluang, pekerja yang baik, rakan niaga yang bagus, pelanggan yang setia atau apa-apa saja yang hebat-hebat adalah perkara yang sukar ditemui. Hanya mereka yang bersabar dan terus mencari akan menemuinya. Oleh itu, jangkakan kesukaran tersebut.

10.  Orang datang membantu hanya bila anda senang. - Bank menawarkan pinjaman bila anda ada wang, kawan-kawan tidak lokek membantu bila anda berjaya. Bila anda dalam kesukaran semuanya menghilang. Ingat semakin sukar yang anda hadapi semakin semakin orang menjauhkan diri sedangkan semakin sukar diri anda, semakin hampir datangnya pertolongan Allah. Jadi sentiasa pohon padaNya.