Sering kali kita berdoa supaya dimurahkan rezeki, kita akan beranggapan rezeki itu hanyalah helaian RM yang mememudahkan kita membeli apa sahaja yang kita mahu. Sebenarnya rezeki itu luas tafsirannya. Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada kita adalah rezeki yang tidak terhitung. Antara rezeki yang sering kita lupa mensyukurinya adalah :

1.   Kesihatan tubuh badan
2.   Anak-anak yang soleh dan tidak berkerenah
3.   Sahabat yang ikhlas
4.   Jiran yang baik.
5.   Pekerjaan yang bersesuaian
6.   Ilmu yang berguna untuk kehidupan
7.   Negara yang aman dan stabil.

Allah memberi jalan buat setiap hambanya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan di dunia dan di akhirat. Di antaranya :


1. Menyempatkan diri beribadah - Allah tidak sia-siakan pengabadian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:" Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (HR Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2. Memperbanyak istighfar - Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW :" Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasi', Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abas r.a)

3. Tinggalkan perbuatan Dosa - Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih membuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasululah SAW :" dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat At-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah - Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya :"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd:28)

5. Berbakti kepada ibubapa - Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan dimurahkan rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda juga bersabda :"Siapa berbakti kepada ibubapanya meka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akanmemenjangkan umurnya." (riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, Al-Asbahani dan al-Hakim). Mendoakan ibubapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:" Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailimi)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah - Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah mengembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fair miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW :" Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah dikalangan kamu." )(riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain - Menunaikan hajat orang manjadi sebab Allah SWT lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW :" Siapa yang memunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya." (riwayat muslim).

8. Banyak bersalawat - Ada hadis yang menganjurkan bersalawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana salawat itu dapat mengghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallaahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak - Ibnu Abas berkata ;" Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi - Menurut Rasulullah SAW , berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selepas solat Subuh berjamaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim - Rasulullah SAW bersabda; "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekel berwuduk - Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan memninta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda SAW bersabda; " Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah - Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Rasulullah SAW bersabdakepada Zubair bin al-Awwam. " Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya, Dan siapa yang menyedikitkan , nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a)

14. Melazimi solat malam (tahajud) - Ada keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha - Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (riwayat al-Hakim dan Tabrani)

16. Bersyukur kepada Allah - Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Allah SWT berfirman: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim : 7). Firman _nya lagi; " ...dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang ersyukur." (Ali Imran :145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Al-Qur'an tertentu - Zikir dari ayat-ayat al-Qur'an atau asma'ul husna selain menyenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungifadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, di beri kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

18. Berdoa - Berdoa akam menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.

19. Berikhtiar sehabisnya - Siapa yangberusaha, dia akan dapat. Inilah sunnahtullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama Allah hanya beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. (riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

20. Bertawakal - Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya; " barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya allah mencukupkan (keperluannya)." (at-Thalaq: 3). Rasulullah SAw bersanda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pegi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dari Umar bin al-Khatab r.a)

Antara sebab mengapa rezeki susah nak masuk :

1.   Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2.   Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3.   Berkira untuk bersedekah
4.   Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.
5.   Riak apabila bersedekah
6.   Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7.   Tidak / kurang beristighfar
8.   Tidak bersyukur/ banyak mengeluh