Tahniah di ucapkan kepada Engr. Dr. Mohd azman bin Abdullah di atas kelahiran bayi perempuan pada 5 November 2012.


Antara pendidikan awal terhadap anak ialah sejurus selepas di dilahirkan ke dunia. Perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqamahkan ke telingan anak.


Azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya. Hadis Nabi SAW. dari Abu Rafi', katanya :"Aku melihat Rasulullah SAW mengumandangkan azan ditelinga Al-Hasan bin Ali ketika ibunya (Fatimah) melahirkannya." (HR Abu Daud & At-Tarmizi).

Dari Al-Hasan bin Ali dari Rasulullah SAW., Baginda bersabda :"Barangsiapa yang anaknya baru dilahirkan, kemudian dia mengumandangkan azan ke telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka anak yang beru lahir itu tidak akan terkena bahaya 'ummu Shibyan'.

'Ummu Shibyan ialah angin yang dihembuskan kepada anak, jadi anak itu takut kepadanya. Ada juga yang berkata bahawa ia adalah 'qarinah', iaitu jin.

Mengapa azan?

Adalah wajar anak ini diazankan dan diiqamahkan agar kalimah pertama yang didengarnya dan tembus ke gegendang telinganya adalah kalimah seruan Yang Maha Agung. Kalimah yang mengandungi persaksian (Syahadah) terhadap ke Esaan Allah dan persaksian terhadap kerasulan Muhammad SAW.

Anak yang baru menghirup udara di dunia ini telah diajarkan dengan aqidah dan syariat Islam, sebagaimana seseorang yang akan mati diajarkan dengan kalimah tauhid'La ilaha illallah'. Agar pengaruh azan ini dapat meresap ke dalam diri anak ini.

Azan ini ialah untuk mengusir syaitan yang memang menanti-nantikan kelahiran bayi ini.

Azan dikumandangkan ke telinga bayi agar seruan dakwah kepada Allah dan agamanya dapat mendahului seruan jahat syaitan.

Azan dan iqamah yang diperdengarkan akan dirakam oleh bayi berkenaan yang menjadi sebahagian dari pendidikan tauhid, syariat dan akhlak.