Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.

Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka " Sekarang kita ada hampir 5000 pekerja sektor awam yang mempunyai ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong. Jadi kita mahu walau[pun tidak dinaikkan pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka." katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysai (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kapada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh. Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kauta ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.

"CUEPACS mencadangkan 50% kouta dibnerikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50% lagi kepada pemohon baharu." katanya. " Bagi memastikan kebajikan kira-kira 45000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun ke jawatan tetap. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrajk pekerja tersebut perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi." " Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu." ujarnya lagi.

Sumber : CUEPACS