Pada minggu lepas admin telah diarahkan untuk menjadi urus setia program yang dibuat di Kangar, Perlis. Admin dan beberapa staf telah menginap di Hotel Seri Malaysia.
|
Hotel Seri Malaysia |
Apa yang ingin dikongsikan adalah pengalaman admin sewaktu menjalankan tugasan tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama admin menjejakkan kaki di Perlis. Perjalanan kami mengambil masa selama 11 jam (sengaja memandu secara rilek sambil memerhati pemandangan disamping mengelak dari ditembak oleh kamera AES).Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan kecuali berbual sesama kami.
Kami diceritakan mengenai bukit-bukau di perak yang menghasilkan batu mar mar oleh salah seorang dari kami. Kami diberitahu pengalaman beliau mengenai kawasan berbukit kini menjadi rata berikutan tarahan bukit tersebut untuk penghasilan batu mar mar. Apabila tiba di kawasan sawah bendang masing-masing menceritakan tentang zaman sekolah tentang matapelajaran pendidikan seni di mana pastinya pelajar akan melukis sawah berbentuk segi tiga, 2 bukit, rumah, matahari terbit dan tidak lupa burung-burung yang berterbangan. Rasanya itu telah menjadi trademark oleh pelajar sekolah rendah dan mungkin ada di antara kita pernah melukiskan gambar pemandangan seperti itu.
|
Gambar Pemandangan Sawah Padi |
|
Sawah Padi dari pandangan pelukis pro |
Dalam perjalan pulang, lokasi pertama yang kami singgah adalah Dataran Rindu Alam yang terletak berhampiran dengan hotel penginapan kami. Dataran ini adalah taman rekreasi yang mempunyai Gua Cenderawasih yang merupakan gua semulajadi. Kami cuba untuk mendaki bukit (tangga) disebelah gua tersebut namun hanya mampu separuh jalan berikutan ianya terlalu curam dan licin berikutan hujan. Selepas shot bebrapa gambar kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar untuk shopping.
|
Di depan Gua Cenderawasih |
|
Di dalam gua |
|
Tangga yang disediakan untuk mendaki bukit |
Sewaktu perjalanan tersebut kami tiba di satu bulatan yang terdapat papan tanda yang memberitahu bahawa kami berada di lokasi yang paling panas di Malaysia. Diikuti dengan ladang tebu yang saujana mata memandang. Di situ juga kami melihat satu pemandangan yang cukup indah dan terfikir alangkah seronoknya jika mempunyai kampung atau saudara mara di lokasi tersebut.
Setibanya di Padang Besar kami disambut dengan hujan lebat namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk shopping. (he he he). Apabila kami turun je daripada bas, kami tertarik dengan sebuah "kedai" mainan, setelah tawar menawar 3 biji helikopter kawalan jauh telah dibawa pulang. kemudian kami singgah pula di kedai yang menjual kekacang.
Setelah itu, kami naik ke atas untuk mencari baju. rambang mata juga dibuatnya apabila pelbagai jenis baju jersi tergantung dihampir setiap kedai. Kami membuat keputusan untuk membeli jersi tersebut di satu kedai sahaja untuk mendapatkan harga yang terendah yang boleh ditawarkan. Akhirnya kami membeli 13 helai jersi pelbagai pasukan dengan harga patut di kedai tersebut.
Kami selesai shopping jam 3.00 petang dan terus bertolak pulang ke Melaka. Tetiba perut terasa lapar, rupanya sewaktu membeli belah kami terlupa bahawa kami belum makan tengah hari lagi. Sebelum berhenti makan kami singgah di satu lokasi (lupa nama tempat) untuk membeli buah limau barli. Tidak jauh dari situ kami singgah di Restoran Jo untuk rehat dan menjamu selera. Pelbagai jenis masakan yang terdapat di restoran ini antaranya Nasi campur, pelbagai jenis sup, masakan panas tidak lupa juga cendol pulut dan cucur udang yang sedap. Restoran ini amat sesuai untuk menjamu selera kerana ia menyediakan segala kemudahan seperti tandas, surau dan tempat parkir yang luas. Kepada yang ingin merasai keenakkan cucur udang dan condol pulut tersebut bolehlah singgah di
Restoran Jo, Km17.3 Lebuh raya Bukit Kayu Hitam, Pekan Napoh, Jitra .
Apabila selesai menjamu selera dan solat kami meneruskan perjalanan, dan lakasi persinggahan kami yang terakhir adalah Perhentian tapah untuk makan malam. Kemudian teruskan perjalanan ke UTeM, Melaka.
shopping x igt punya..kalah pompuan..isk isk isk
BalasPadam