Kawasaki + Victor
Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang diminati ramai selain dari bola sepak. Selain dari datu Lee Chong Wei, pastinya peminat sukan badminton mengenali pemain-pemain bertaraf dunia dari negara lain yang mempunyai skil dan tetangkasan dalam mengawal bola seperti Lin Dan, Chen Jin, Peter Gade, Jung Jae Sung dan ramai lagi.

Sukan ini turut diminati sebahagian dari staf FKM malah turut mengasah skil dalam sukan badminton ini. Bukan untuk mengantikan Datuk Lee Chong Wei tetapi merupakan aktiviti riadah dalam menangani stress di tempat kerja.


Aktiviti ini dilakukan 3 kali seminggu iaitu malam isnin, petang khamis dan malam khamis. Aktiviti riadah ini terbuka kepada staf FKM malah ianya juga dibuka kepada staf luar yang mempunyai kelapangan masa dan ingin mengeluarkan peluh melalui aktiviti sukan.

Aktiviti badminton malam Isnin diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Wah yang telah diurus tadbir oleh Encik Mohd Nazim, bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Ianya juga dikenali sebagai Team Durian Tunggal oleh Warga FKM. Yuran sebanyak RM15 sebulan akan dikenakan kepada ahli bagi menampung perbelanjaan sewaan gelanggang dan belian bulu tangkis. Team ini terbuka kepada semua termasuk sesiapa yang ingin bermain dan mempunyai bakat yang terpendam atau lebih tepat lagi yang ingin belajar main. Untuk makluman juga segala risiko adalah tanggungjawab sendiri terutama kene smash dari pasukan lawan atau kawan  (he he he).

Raket Victor

 
Li-Ning

Smash

Selain itu, aktiviti ini turut dijalankan pada khamis petang di Dewan Bistari pada jam 5.30 petang sehingga 7.00 malam. Manakala sebalah malam ativiti ini dibuat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Wah yang diurus tadbir oleh Dr. Roszaidi. Team Roszaidi adalah pecahan daripada Team Durian Tunggal tetapi kebanyakkannya pernah mewakili fakulti dalam Sukan Antara Jabatan (SAJ) UTeM yang diadakan setiap tahun. Aktiviti ini diadakan dari jam 8.00 malam dan berakhir 10.00 malam.

Bukan bermaksud team Roszaidi lebih hebat tetapi corak permainan mereka lebih pantas dan tangkas. jadi sesiapapun boleh joint untuk meningkatkan skil permainan. Team ini sering menjemput pemain dari luar bagi memantapkan corak permainan disamping menguji diri pemain itu sendiri.

Seorang sahabat pernah memberi tahu "untuk bermain badminton, minat dan bakat perlu selari." Jika hanya mempunyai minat dan tidak mempunyai bakat, alamatnya selalu kena smash lah. Manakala jika mempunyai bakat tetapi tidak mempunyai minat, baik duduk kat rumah menonton tv lagi baik.

Sekiranya berminat boleh menghadirkan diri ke aktiviti tersebut pada masa yang telah ditetapkan.