Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara "timedbased", yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.

Presidennya, datu Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.

"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. Sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka."

"Time-based ini tidak sama dengan kenaikan pangkat KUP (Khas untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah." Katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota CUEPACS.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.

Sumber : Cuepacs.blog