Berdasarkan statistik, kemalangan jalan raya di seluruh negara meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun 265,175 kepada 449040 kes sehingga 2011.


Timbalan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ahmad Nasir Abdul Ghani berkata, kejadian kemalangan itu menunjukkan peningkatan 60.3 peratus dalam masa 10 tahun diikuti kematian akibat kemalangan meningkat sebanyak 17.6 peratus.

Berikutan situasi itu, katanya negara mengalami kerugian antara RM8 hingga RM9 bilion setahun akibat kematian dan kecederaan membabitkan pengguna jalan raya.

Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang terbesar kepada bilangan kematian akibat jalan raya, di mana pada 2010 sahaja daripada 6872 kematian dan seramai 4036 orang membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal.

Namun, bukan semua kemalangan motosikal adalah disebabkan kecuaian penunggang sahaja, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan tersebut.

Berdasarkan pengalaman admin, sikap pengguna jalan raya yang lain adalah faktor kemalangan yang membabitkan motosikal. Berikut adalah beberapa faktor yang pernah dialamai sendiri oleh admin.

1. Dihimpit oleh kenderaan lain - ketika admin menunggang untuk ke tempat kerja, pernah beberapa kali di himpit oleh kenderaan lain sehingga terbabas ke bahu jalan. Apakah alasan pemandu kenderaan tersebut sehinggakan perlu menghimpit motosikal?

2. Kenderaan keluar simpang tiga tanpa memberhentikan kenderaan - Apa yang difikirkan oleh pemandu tersebut? Adakah motosikal itu boleh mengelak? apa akan berlaku sekirangan tidak sempat membrek? sekiranya dapat mengelak dan memekan jalan sebelah dan tedapat kenderaan di hadapan, apakah yang akan berlaku?


Seharusnya pemandu kenderaan perlu memberi perhatian kepada penunggang motosikal kerana mereka tiada perlindungan tambahan selain dari topi keledar, tidak seperti kenderaan lain yang mempunyai bumbung, pintu dan tali pinggang keselamatan.

Sekiranya berlaku kemalangan mereka terdedah kepada pelbagai bahaya. paling tidak kecederaan luka yang merupakan kecederaan yang paling ringan yang mengambil masa 2 3 hari untuk sembuh. Apatah lagi sekirangan kecederaan itu ialah patah tangan atau kaki atau kematian.

Jika berlaku kecederaan serius mahupun ringan, ia akan melibatkan banyak perkara antaranya diri, keluarga, pendapatan, majikan dsb.

Sehubungan itu, nasihat admin kepada pengguna jalan raya agar memberi sedikit perhatian dan keperihatinan kepada penunggang motosikal, bukan mereka tidak memikirkan keselamatan mereka tapi mungkin disebabkan perkara lain yang membuatkan mereka memilih untuk menunggang.