Berikut adalah beberapa petikan menarik yang diceduk semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Razak yang membentangkan Belanjawan 2013 yang bertemakan " Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat; Sebuah janji ditepati" pada jumaat yang lalu.
- "Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar lukisan yang ada pada hari ini tampak muluk-muluk dan indah, tetapi sebenarnya merupa racun berbisa."
- "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran, biarpun kelat. kita tidak pernah mendodoi rakyat dengan dongengan lipurlara. Sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan rakyat."
- "Sayugia, mengurus sebuah negara majmuk yang kompleks seperti Malaysia bukan perkara mudah. Ia memerlukan keikhlasan dan kebijaksanaan kerana rakyat Malaysia amat cerdik menilai yang mana intan dan yang mana kaca."
- "Sehubungan itu, naskah bajet yang akan saya persembahkan ini merupakan sebuah penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia lantaran terus meletak kepercayaan kepada kami di sepanjang ketika."
- "sesungguhnya, kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif tertinggi. Kerajaan ini tidak akan sekali-kali melakukan sebarang tindakan yang akan membahayakan masa depan orang ramai."
- Hakikatnya, jika kerajaan terus memberi subsidi secara pukal, ia akan hancurkan kedudukan kewangan negara sehingga akhirnya rakyat menanggung akibat sepertimana yang berlaku di sesetengah negara."
- "Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah. Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan."
- "Pujangga bermadah, bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak. Kita akur kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan. Tetapi yang membezakankami dan mereka ialah mereka tidak mempunyai ketawadu'uan untuk mengakui kesilapan, sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan gempita menyalahkan orang lain."
Catat Ulasan