Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah SAW dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadis Baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink, gula dan air minuman. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Dalam sebuah hadis dari Ibnu Abbas ra berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hud-hud dan burung Shuraf." Hadis ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memekannya.
Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada satu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula suatu perkara itu sengaja diringan-ringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi kita dan anak-anak, seperti gigitannay dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya dengan penyapu, jika terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan.
Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah, setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat srang kembali.
Mungkin sukar apabila berhadapan dengan semut yang begitu banyak. Namun usaha yangkita lakukan tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untk memahaminya secara lebih pasti.
Berikut disertakan petua untuk menghalau semut di rumah:
1. Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
2. Siat-siat beberapa helai daun sireh dan taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkumpul.
3. Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula.
4. Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain etrsebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti bekas gula, keliling meja dan sebagainya.
5. Bakar kulit telur hingga menjadi abu. tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Label: Info
Catat Ulasan