Selepas pembentangan Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak, rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang dibentangkan terutama kebajikan rakyat. Penjawat awam juga rasa amat bersyukur dengan pemberian bonus 1 1/2 bulan. Namun terdapat rasa tidak puas hati dikalangan swasta dengan imbuhan bonus kepada penjawat Awam in. Tidakkah mereka bersyukur dengan bonus yang diberikan setiap tahun oleh majikan mereka?

Berbalik kepada pembentangan Budget 2013 yang bertemakan "Memakmur negara, Mensehjahtera rakyat, sebuah janji ditepati" , berikut adalah antara belanjawan yang telah dibentangkan:


MERINGANKAN KOS SARA HIDUP

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2)
    * Bantuan tunai RM500 - Isirumah berpendapatan < RM3000
    * Bantuan tunai RM250 - Individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan < RM2000

2. Program Penyeragaman Harga (Sabah& Sarawak)
    * Subsidi pengangkutan (contoh : LPG asal RM70 ; harga subsidi RM26.60)
    * Membuka 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia

3. Diskaun Komuter KTMB
    * Diskaun 50% kadar tambang komuter bagi pengguna berpendapatan < RM3000

4. Pesara Tentera tidak berpencen
    * Bantuan tunai RM1000 kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang 21 tahun.

5. Pengurangan Cukai Pendapatan Individu
    * Kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan > RM2500 ~ RM50000.

6. Diskaun Tambang Feri (Labuan ke Sabah & Sarawak)
   * Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri
   * Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan pengangkutan barangan.

7. Mempermudahkan Ibadah Haji
    * Membenarkan pencarum KWSP menggunakan simpanan Akaun 2 untuk menampung kekurangan tambang menunaikan haji.

8. Diskaun Bayaran Pasport
    * Diskaun 50% kepada warga emas & kanak-kanak bagi bayaran pemprosesan pasport antarabangsa bertempoh sah laku 5 tahun.

9. Bonus kakitangan Kerajaan
    * Pemberian Bonus kepada kakitangan awam sebanyak 1.5 bulan.

10. Menaikkan Pencen
     * Bayaran pencen dinaikkan RM720 ke RM820 (pesara kerajaan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun)



PENDIDIKAN

1. Pinjaman PTPTN
    * Diskaun 20% bagi penyelesaian sekali gus (sehingga 30/09/2013)
    * Diskaun 10% setahun bagi bayaran pinjaman secara kosisten.

2. Pusat pendidikan Kanak-kanak (ECCE)
    * Geran RM10000 - kepada ECCE swasta
    * Insentif cukai

3. Bantuan Persekolahan
    * RM100 kepada setiap murid sekolah tanuh 1 hingga tingkatan 5

4. Baucar Buku 1Malaysia
    * Nilai baucar ditambnah dari RM200 kepada RM250
    * Semua pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6

5. Tabung Penyenggaraan Sekolah - RM1 billion
    * SK, SKJC (T), Sek Agama, sek. Mubaligh, MRSM, SBP

6. Bantuan dan Geran - RM2.6 billion
    * Geran perkapita, bantuan makanan asrama, buku teks dan bantuan bayaran yuran persekolahan

7. Skim Insuran Murid Sekolah
    * Perlindungan insuran murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah.

8. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) - RM500 juta
    * Program meningkat kemahiran guru bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
    * Penubuhan Education Delivery Unit (EDU)


PEMBANGUNAN KOMUNITI

1. Progran Transformasi Komuniti
    * Inisiatif Urban Transformation Programme (UTP) dan Rural Transformation (RTP)
    * National Strategic Coordination Unit (NSCU) untuk mengkoordinasikan hubungan strategik antara Urban Transformation Centre dan Rural Transformation Centre (RTC)

2. Pembangunan Luar Bandar
    * RM1.2 bilion untuk projek jalan luar bandar
    * RM1.6 billion untuk kemudahan
    * Desa Lestari - RM137 juta
    * RM88 juta _ pembangunan masyarakat orang asli
    * RM100 juta untuk Sabah dan Sarawak - membekal tangki air tadahan

3. KAR1SMA - RM1.2 billion
    * Program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja OKU serta penyakit kronik

4. 1AZAM - RM400 juta
    * Memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah. Memanfaatkan 58330 peserta.

5. Anjung Singgah
    * Menambah 6 pusat Anjung Singgah

6. Wanita
    * Program Pengarah Wanita
    * Program Inkubutor Ibu Tunggal

7. Belia
    * New Enterpreneur Foundation - RM50 juta
    * Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar bagi belia berpendapatan RM3000 ke bawah - RM300juta

8. Pusat Internet 1Malaysia - RM150 juta
    * 100 Pusat Internet di dalam kawasan perumahan rakyat


MENYOKONG PELABURAN & PKS

1. Malaysia Sebagai Hub Dagangan Minyak & Gas
    * Projek RAPID dan DIALOG - USD 20 billion
    * Logi regassifikasi di Melaka
    * Terminal Minyak di Sepitang, sabah

2. Dana Strategik Pelaburan Domestik - RM1 billion
    * Penyumbangan luar dan perolehan teknologi

3. Dana Industri Halal - RM200 juta
    * Membangunkan produk halal berimpak tinggi untuk tujuan eksport

4. Insuran Penjaja
    * Skim perlindungan insuran kepada 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil
    * Had perlindungan RM5000 - kemalangan diri, hilang upaya atau kematian

5. Dana Pembiayaan PKS Bumiputra
    * Membantu PKS untuk berkembang dan meningkatkan pegangan ekuiti

6. TEKUN - RM 350 juta
    * RM300 juta untuk usahawan kecil memula dan memajukan perniagaan
    * RM50 juta - Skim pembangunan masyarakat India

7. Pasaran Bon dan Sukuk
    * Tambah modal Danajamin - RM400 juta
    * Platform dagangan bon runcit
    * AgroSukuk - Insentif cukai


PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

1. PR1MA - RM1 billion
    * Membina 80000  unit rumah di kawasan strategik
    * Harga : RM100000 ~ RM400000

2. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) - RM320 juta
    * Membina 1855 unit rumah kos rendah dan sederhana
    * Harga : RM 110000 ~ RM 250000
    * Membina 21000 unit Rumah Mesra Rakyat
    * Subsidi : RM20000 (Harga jual : RM45000)

3. Jabatan Perumahan Negara _ RM543 juta
    * Membina 20454 unit perumahan rakyat
    * Harga : RM30000~ RM40000 (berbanding harga pasaran RM120000)

4. Rumah Terbengkalai - RM 100 juta
    * Memulih 30 projek perumahan terbengkalai
    * Insentif cukai kepada kontraktor penyelamat

5. Skim Rumah Pertamaku
    * Menaikkan had pendapatan individu : RM3000 ke RM5000
    * Syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit serta tempoh minimum bekerja dimansuhkan

6. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
    * Mengurangkan aktiviti spekulasi


KESIHATAN

1. Klinik 1Malaysia - RM20 juta
    * Membuka 70 unit klinik baru
    * Peningkatan perkhidmatan di klinik 1Malaysia dengan memperkenalkan perkhidmatan pemeriksaan darah dan air kencing
    *  Kawasan-kawasan strategi bandar

2. Membaik Pulih Klinik Kesihatan - RM100 juta
    * Membaik pulih klinik-klinik usang

3. Menambah Mesin Dialisis
    * 150 mesin di pusat hemodialisis

4. Pemeriksaan Percuma Ujian Mamogram
    * Seramai 100000 wanita dapat manfaat


KEJIRANAN YANG SELAMAT   

1. Menambah Bilangan Perjawatan polis
    * Melaksanakan tugas-tugas rondaan dan pencegahan jenayah
    * Menambah ahli anggota pasukan sekarelawan polis - 10000

2. Unit Rondaan Bermotosikal
    * 1000 motosikal untuk rondaan di kawasan perumahan

3. Pemasangan Alat Kawalan Keselamatan
    * CCTV - 496 unit di kawasan PBT
    * Insentif cukai bagi pemasangan alat keselamatan

4. Rondaan di kawasan Kejiranan - RM40 juta
    * Geran 10000 kepada 4025 persatuan penduduk berdaftar


KELESTARIAN BEKALAN MAKANAN

1. Subsidi dan Insentif Padi - RM2.4 billion
    * Subsidi harga padi, baja padi, dan benih padi.

2. Skim Perlindungan Takaful Padi - RM50 juta
    * Perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar
    * Manfaat 172000 pesawah dengan perlindungan RM13000

3. Insentif Nelayan
    * Elaun bantuan sara hidup RM200
    * Insentif hasil tangkapan nelayan

4. AZAM Tani - RM41 juta
    * Menggalakkan usahawan tani