Program Iftar KeSURI 2012 yang dirancang selama ini telah selesai dilaksanakan. Ribuan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat, tidak lupa juga kepada staf yang turut memeriahkan majlis iftar ini. Anak-anak yati dari Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih juga telah diraikan di dalam majlis tersebut.
Program tersebut bermula agak lewat berikutan terdapat sedikit masalah namun tetap berjalan dengan sempurna. Program dimulai dengan tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman yang dijemput khas dari Pusat Islam, UTeM.
|
Tazkirah Ramadan |
Di dalam tazkirah ini beliau menekankan tentang merebut peluang malam 10 akhir ramadan (Malam Lailatul Qadar) dengan berikhtikaf di masjid kerana disitu kita akan diberi ganjaran pahala seumpama beribadat selama 1000 bulan atau 83 tahun, dan bukannya menghabiskan hujung-hujung ramadan ini di shopping complex.
Menurut beliau lagi, di ramadan ini kita seharusnya mengamalkan sikap berjimat dan banyakkan sedekah kerana ganjaran dari Allah di bulan ini berganda-ganda. Di samping itu, kita seharusnya atau digalakkan untuk menghidupkan malam raya dengan memuji dan mengagungkan Allah SWT tanda kegembiraan di atas kurniaan dan pahala yang berganda, bukannya meraikan hari raya dengan bunga api, mercun dan sebagainya.
Takzirah ini juga mengingatkan kaum wanita tentang menghidupkan malam 10 akhir ramadan, kerana kebanyakkan kaum ibu ini sedang atau tengah membuat persiapan raya sehingga terlalu penat sehinggakan tidak mampu untuk bangun malam. Tidak kurang juga yang sanggup bersengkang mata dalam menyiapkan resepi kueh raya.
|
Persediaan berbuka |
|
Beramah mesra dikalangan yang hadir |
Air minuman dan kurma ketika berbuka di taja oleh 3 staf akademik. Admin berbuka dengan air zam- zam yang di bawa oleh salah seorang staf untuk berkongsi keberkatan air tersebut.
|
Kurmak Daging |
Terima Kaseh juga kepada Dr. Siti Nurhaida di atas tajaan menu nasi briyani Istimewa. Pasti ramai yang bersetuju jika dikatakan juadah berbuka yang disajikan iaitu Nasi Briyani cukup enak dan lazat. Tidak kurang juga resepi "asam boi" yang ditabur pada buah jambu, yang membuatkan semua tertanya-tanya apakah bahan yang dimasukkan yang membuatkan buah tersebut rasa istimewa.
|
Jambu dengan "asam boi" special |
|
POT-LUCK |
Ucapan terima kasih ini juga harus diberikan kepada staf yang membawa POT - LUCK yang rasanya juga enak. Juadah pot-luck sumbangan staf antaranya :
- Karipap
- Kueh Abuk-abuk ( dinyataka jika disebut sekali kueh tersebut tidak boleh makan)
- Pelbagai puding
- Popia (resepi Bandung yang sedap dan enak)
- Bubur kacang hijau
- Kueh Koci
- Cucur udang
- Tepung pelita
- Dadih
Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat terawih dilaksanakan di majlis ini yang di imamkan oleh Y. Bhg. Ustaz Muhammad Asyraf.
Majlis Iftar KeSURI 2012 ini tamat pada jam 10.15 malam. Di harapkan majlis seperti ini dapat dilaksanakan lagi untuk tahun akan datang.
|
Sedikit sumbangan oleh KeSURI |
Lagi gambar
BalasPadam