Di awal Ramadan yang lalu KeSuri telah mengadakan satu program yang dinamakan Jalinan Kasih 2012. Program ini bertujuan untuk mengumpul sebanyak yang boleh sumbangan dari kalangan staf  untuk di agihkan dan diserahkan kepada badan kebajikan. Jenis dan bentuk sumbangan tidak dikhususkan namun sumbangan dalam bentuk yang tunai amat dialukan begi memudahkan badan kebajikan tersebut membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Hasil kutipan sumbangan staf bagi program tersebut adalah berjumlah RM2891. Sumbangan ini telah dibahagikan kepada dua badan kebajikan iaitu Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih di Bemban dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Bahagian Negeri Melaka.


Pengerusi bergambar dihadapan rumah kebajikan yang dipilih

Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak yang mempunyai permasalahan keluarga. Di sini, KeSURI telah mengagihkan Baju Raya yang ditaja oleh seorang staf yang ikhlas kepada setiap penghuni.

Selain baju raya, KeSURI juga telah memberi sumbangan seperti berikut :
  • Hamper berjumlah RM100 kepada rumah kebajikan tersebut.
  • Duit raya berjumlah RM50 kepada setiap penghuni. dan
  • Sejumlah duit untuk keperluan dan kelengkapan rumah kebajikan tersebut.

Serahan sumbangan

Manakala Sebahagian lagi hasil sumbangan telah diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). PERKIM adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan membimbing saudara baru di Malaysia dalam bentuk kewangan mahupun ilmu agama.

Sumbangan ini diserahkan kepada pengurusan PERKIM untuk diagih-agihkan kepada Saudara Baru agar mereka dapat menyediakan keperluan dan kelengkapan menyambut Aidilfitri yang akan menjelma kurang dari seminggu lagi.



Bangunan PERKIM, Jalan Munshi Abdullah

Pintu Masuk Pejabat Pengurusan PERKIM

Serahan wang sumbangan