Formula Varsity™ adalah merupakan antara program terbesar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang dibuat setiap 2 tahun sekali. Ia adalah satu acara yang mencabar pelajar kejuruteraan untuk mereka bentuk, membina dan menguji jentera kereta lumba gaya formula untuk mereka. Ia juga merupakan satu acara dimana kemahiran teknikal dan analisis pelajar diuji. Di dalam platform ini kreativiti para pelajar diuji dalam membangunkan jentera dan menyelesaikan masalah secara praktikal.

Formula Varsity™ juga memberi pelajar pengalaman unik dan pengetahuan disamping kemahiran kerja berpasukan di luar bilik darjah. Ia juga menuntut pengetahuan dalam semua aspek industri automotif termasuk penyelidikan, reka bentuk dan analisis, membangunkan prototaip, menguji, membuat, memasang, pengurusan dan kemahiran komunikasi.


Dalam menjayakan program tersebut pihak penganjur memerlukan sokongan anda dalam bentuk wang ringgit selain daripada sokongan mentaliti.

Pihak penganjur amat berbesar hati sekiranya Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan dapat menyumbangkan seberapa banyak yang termampu bagi menjayakan program tersebut. Setiap sumbangan RM30 dan ke atas pihak penganjur akan memberikan cenderahati berbentuk T-Shirt seperti tertera di bawah.

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang