Rabu malam Khamis- sebaik saja masuk waktu maghrib, 5 Julai 2012 (selepas maghrib pada hari 15 sya'aban 1433H)


Hari nisfu Sya'aban merupakan hari dimana "Buku Catatan Amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku amalan yang baru. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat kemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita dengan baik, sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan di dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 Sya'aban)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'ban:
  1. Solat sunat Nisfu Sya'aban di tunaikan 2 rakaat (selepas solat maghrib)
  • Rakaat pertama - Baca Al-Fatihah dan Surah Al-Qadar (1x,)
  • Rakaat ke-2 - Baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas (3x)
     2.  Membaca Surah Yassin (3x) selepas solat sunat Nisfu Sya'aban (Rabu malam)
  • Selepas Yassin pertama - mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
  • Selepas Yassin kedua - mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
  • Selepas Yassin ketiga - mohon ditetapkan iman dan mati di dalam iman serta mohonlah segala yang baik.
  • Kemudian baca istigfar 11x, salawat 11x, baca doa Nisfu Sya'aban (ada dalam Yassin Majmuk)
    3.  Baca surah Al-Ikhlas 1000x

   4.  Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abdul Khair Al Talaqani mengira nama-nama malam Nisfu Sya'aban ada sebanyak 22. Antara yang termasyur adalah :
  • Malam dimustajabkan doa.
  • Malam rahmat.
  • Malam rezeki.
  • Hari raya para malaikat.
  • Malam berkat.
  • Malam syafaat.
  • Malam keampunan.
  • Malam penebusan.
  • Malam keagungan dan kemuliaan
  • Malam penulisan.
  • Malam pembahagian takdir
  • Malam penghidupan.
Antara kelebihan Bulan Sya'aban

Riwayat dari Osman bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad S.A.W. " Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
  • Adakah orang-orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaannya,
  • Adakah orang yang meminta ampun, maka Aku ampunkannya.
  • Adakah orang yang bertaubat, maka Aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaaik-baiknya mohon ampun dengan ibubapa sebelum hari Nisfu Sya'ban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit. Sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam.