Bubur Lambuk merupakan antara juadah popular yang sentiasa menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Bubur lambuk Kampung Baru merupakan salah satu fenomena Di Masjid Jamek Kg. Baru dimana bubur tersebut menjadi kesukaan dan kegairahan pengunjung yang mencari juadah berbuka puasa.
FKM juga tidak terkecuali untuk menghasilkan bubur lambuk, ia merupakan Bubur Lambuk pertama yang dihasilkan oleh FKM dengan bantuan staf Pusat Islam. Ini merupakan salah satu variasi bubur lambuk yang telah berubah mengikut zaman dan resepi telah diubah bagi menyesuaikan menu masa kini.
Ribuan terima kasih kepada staf yang terlibat dalam penghasilan bubur tersebut. Rata-rata yang terlibat menyatakan ia merupakan penglibatan pertama dalam penghasilan bubur lambuk. Keiklasan, gurau senda dan berkongsi cerita adalah di antara aktiviti semasa menyiapkan bubur ini. Tidak lupa ada yang berkesempatan untuk mempromosikan tempahan kueh raya. kepenatan tidak terasa berikutan keseronokan dan pengalaman yang dirasai ketika proses pembuatan.
Tidak dilupakan rakan-rakan dari PTJ lain yang turut membantu, mereka membuatkan proses pembungkusan dapat dilakukan dengan pantas.
Berikut adalah gambar penghasilan Bubur Lambuk FKM

kerjasama |
Keceriaan setelah memotong bawang |
berkongsi cerita, bukan mengumpat |
masyuk air |
Menjemur daun bawang dan daun sup |
Bertanyakan resepi untuk berbuka |
masyuk air 2 |
cuci perkakas |
Sesi pengagihan |
Label: Lain-Lain
Minta maaf, tak dapat nak join ..
BalasPadam