Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Beliau  berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan. Beliau berharap langkah itu, dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri juga bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada PM di atas pengumuman tersebut, kerana sedikit sebanyak ianya dapat menampung perbelanjaan untuk menyambut hari raya. Bagi staf sokongan ianya amat bermakna terutama yang memiliki anak yang ramai. Paling tidak ianya boleh menampung perbelanjaan "balik kampung" tanpa menjejaskan perbelanjaan bulanan.