Alhamdulillah segala perancangan pelaksanaan Hari Keluarga FKM 2013 telah selesai dengan berakhirnya program tersebut pada 19 Oktober 2013 yang lalu.
|
Special Edition |
Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK program dan kepada staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program dwitahunan ini.
|
Antara AJK Hadiah |
|
AJK Sukan yang bertungkus lumus |
Program ini dimulai agak lewat dari yang dirancang. Ianya telah dijangka berikutan lokasi yang dipilih pada kali ini agak jauh iaitu di Kuala Sungai Linggi. Bacaan doa dan ucapan ringkas oleh Pengerusi KeSURI iaitu Dr Reduan bin Mat Dan bagi memulakan program pada jam 9.30 pagi
Memang diakui sedikit kekecewaan berikutan terpaksa menghentikan aktiviti akibat hujan. Menurut tuan Chellet iaitu Encik Kamarudin, beliau tidak menyangka hujan akan turun pada pagi tersebut kerana sudah hampir tiga minggu hujan tidak turun di kawasan itu. Namun selaku wakil AJK program mengharapkan semua peserta berpuas hati dengan apa yang telah dilaksanakan.
Pada pemerhatian admin, rata-rata peserta seronok terutama ketika aktiviti sukaneka yang melibatkan kanak-kanak. Acara gula-gula Kak Limah (tiup gula-gula dalam tepung) yang begitu sinonim sukaneka yang melibatkan kanak-kanak. Sorakan dan sokongan ibubapa telah menyemarakkan aktiviti tersebut.
|
Gula-gula Kak Limah |
|
"Kan dah kantoi" |
|
Dan pemenangnya ialah.... |
Selain itu, terdapat satu kelainan yang telah diketengahkan oleh AJK Sukan iaitu acara "Huru-hara" yang merupakan pertandingan merebut buah kelapa untuk peserta lelaki dewasa dan perempuan dewasa bagi mengantikan acara music chair. Kelainan ini dibawa kerana acara music chair telah dimainkan semenjak dari kita kecil sehingga sekarang dan merasakan ianya perlukan sedikit pembaharuan bagi menyeronokkan permainan. Kecekapan dan kepantasan diperlukan bagi merebut buah kelapa bagi mengelakkan tersingkir dari permainan.
|
Ketua AJK Sukan besama peserta yang menang |
|
Penerangan dan perancangan strategi |
|
Huru-Hara jadinya |
|
Antara yang hadir |
Aktiviti program tersebut diteruskan di Dalam Dewan berikutan hujan masih belum reda. Di sini acara cabutan bertuah dibuat setelah kata mendapat kata putus dari AJK bagi menawarkan hadiah kepada semua peserta yang hadir bagi menggantikan acara yang setelah plan B tidak dapat dilaksanakan.
|
"Nombor naik" |
Peserta Program Hari Keluarga FKM 2013 ini dijamu dengan Nasi Lemak untuk sarapan dan Nasi beryani yang sangat enak pada sebelah tengah hari.
Program ini berakhir jam 2.00 petang setelah semua peserta telah menjamu selera,
Bagi peserta yang menginap, beberapa aktiviti dirancang bagi menambahkan keeratan silaturahim seperti barbeque dan memancing selain daripada membawa anak bermandi-manda di pantai.
|
Resepi Baikkk punya. |
|
Chef-chef FKM |
|
Santai |
Gambar Ehsan pekjah Pali fb
BalasPadam