Tahniah diucapkan kepada encik Mohd noor Asril bin Saadun di atas kelahiran bayi lelaki pada 22 oktober 2013.


dewasa ini kebanyakkan bayi yang baru lahir oleh ibubapa moden menggunakan cara yang ringkas. Umpamanaya apabila anak dilahirkan terus sahaja dipakaikan lampin pakai buang. Mereka lupa bahawa membedung bayi mempunyai kelebihan yang tersendiri dari segi pendidikan jika kita tahu kebaikan dan kelebihannya.


Tahukah anda bahawa bayi tidak mempunyai penglihatan semasa dilahirkan. Walaupun mata mereka celik, yang ada pada bayi tersebut hanyalah pendengaran.

Al-Quran menjelaskan tentang perkara ini dalam surah An Nahl ayat 78 " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur."

Begitulah asal perkembangan manusia, lahir hanya berbekalkan pendengaran, selepas kira-kira 3 bulan barulah bayi mendapat penglihatan. hati bayi pula mula berfungsi apabila mereka mula mampu berkata-kata. Itulah tanda perkembangan hidup kita. Para ibu sekalian, bayi-bayi yang baru dilahirkan ada baiknya kita 'bedung' mereka.

Di dalam Rahim ibu, bayi terlindung sepenuhnya, hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan bunyi dan cahaya. oleh kerana bayi tidak dapat melihat sebaik dilahirkan, maka hanya deria pendengaran dan sedikit deria rasa saja yang ada. Ini akan membuatkan bayi 'over-react' pada bunyi dan sentuhan. Ini membutkan bayi terlalu sensitive dengan rangsangan bunyi dan sentuhan itu dan mudah terkejut dan terganggu, khususnya waktu tidur. tanpa ketenangan itu proses kematangan tisu dan otak akan terganggu.

Sebagaimana bayi perlu tidur yang cukup. Begitulah juga kesinambungan anggota yang perlu ditenangkan untuk memberi peluang kematangan sel-sel otak dan anggota untuk matang. Kejutan demi kejutan akan menyebabkan bayi terganggu bukan sahaja fizikalnya, malah perkembangan otaknya. selain itu, tidak kurang juga bayi yang gagal mengawal tangan dan jari sehingga tanpa sedar melukakan mulut, mata, hidung dan telinga mereka.

Ini agak berbeza dengan pandangan sesetengah ibu moden yang menyatakan membedung akan mengganggu perkembangan bayi.


Cuba perhatikan, bagi mereka yang terlewat membedung bayi akan meihat tindakbalas bayi berupa protes terhadap bedungan pada hari pertama. tangan dan kaki sukar untuk diluruskan. secara psikologi pula, tujuan bayi yang baru dilahirkan dibedung adalah untuk membiasakan anak itu dari awal lagi tentang unsur-unsur batas. Itulah pengenalan tentang 'rule and regulation, boundry and limitation' asas hudud dalam pengurusan bayi.