Tahniah diucapkan kepada staf berikut di atas kelahiran bayi mereka:
Nama : Aiza Azwadi bin Abdul wahab
Tarikh : 19 Julai 2013
Bayi : Perempuan
Bayi : Perempuan
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka."
Seorang lelaki bertanya,
"juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"
Sabda Baginda,
"Juga untuk dua anak perempuan."
Seorang lelaki bertanya,
"Atau untuk seorang wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab'
"Juga untuk satu orang."
(HR Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sadba Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke dalam Syurga." (HR Al-bukhari).
Daripada Aisyah RA, dari Rasulullah SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang diberati menanggung satu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api Neraka." (HR Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua-dua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan asset penting yang mementukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : " Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita."
Ini bermaksud bahawa setiap lelaki yang bergelar suami hendahlah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.
Pastinya kita pernah mendengar kata orang tua-tua, " Menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan." Kemungkinan ini ada benarnya bilakala kita melihat ramai ibubapa yang menjaga anak-anak mereka hanya membri tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contoh terbaik adalah dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ram,ai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah denag berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati, bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibubapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih saying. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar , tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala telah menjanjikan balasan yang amat besar.
luvislam92
Nama : Aiza Azwadi bin Abdul wahab
Tarikh : 19 Julai 2013
Bayi : Perempuan
Qaisara Syakirah |
Nama : Mohd Rizal bin Roosli (Juruteknik Kanan)
Tarikh : 20 Julai 2013Bayi : Perempuan
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka."
Qistina Syahirah |
"juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"
Sabda Baginda,
"Juga untuk dua anak perempuan."
Seorang lelaki bertanya,
"Atau untuk seorang wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab'
"Juga untuk satu orang."
(HR Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sadba Rasulullah SAW yang bermaksud : "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke dalam Syurga." (HR Al-bukhari).
Daripada Aisyah RA, dari Rasulullah SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang diberati menanggung satu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api Neraka." (HR Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua-dua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan asset penting yang mementukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : " Takutlah kamu kepada Allah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita."
Ini bermaksud bahawa setiap lelaki yang bergelar suami hendahlah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.
Pastinya kita pernah mendengar kata orang tua-tua, " Menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan." Kemungkinan ini ada benarnya bilakala kita melihat ramai ibubapa yang menjaga anak-anak mereka hanya membri tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contoh terbaik adalah dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ram,ai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah denag berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati, bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibubapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih saying. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar , tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala telah menjanjikan balasan yang amat besar.
luvislam92
Label: Berita Kelahiran
Catat Ulasan